CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 198|Reply: 0

[Selangor] Bukan kes culik, tahan penganggur curi barang

[Copy link]
Post time 15-5-2023 04:30 PM | Show all posts |Read mode
Hulu Selangor: Polis menafikan berlaku dakwaan kes culik di sebuah pasar raya di Bukit Sentosa, di sini semalam seperti yang tular di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, berkata sebaliknya kejadian membabitkan seorang penganggur yang ditahan kerana mencuri barang milik pasar raya terbabit.

"Polis hari ini mengesan satu hantaran di Facebook jam 9 pagi tadi.

"Hantaran itu berserta dua video klip memaparkan bunyi gemparan kebakaran dan seorang lelaki ditahan dengan bantuan orang ramai," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahmad Faizal berkata, polis menerima laporan daripada pekerja pasar raya terbabit pada 1.07 tengah hari membabitkan kes curi suspek lelaki warga tempatan berusia 33 tahun.

"Lelaki itu berjaya ditahan dan polis membuka dua kertas siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

"Selain itu, kesalahan menularkan video di laman sosial pula disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998," katanya.

Ahmad Faizal berkata, siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengesan individu yang menularkan video terbabit.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya menghentikan sebarang penyebaran video yang mengelirukan dan menggusarkan orang ramai.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor di talian 03-60651021 atau Pegawai Penyiasat Jenayah Inspektor Zulaikha Mohamed (03-60641222) atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ganggur-curi-barang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.054850 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list