View: 464|Reply: 0
|
Tak Hadir Siasatan, Yoo Ah In Enggan Turun Kereta Kerana Ramai Wartawan, Polis Bakal Keluar Waran Tangkap
[Copy link]
|
|
Susulan gagal menghadirkan diri untuk sesi siasatan berhubung kes penyalahgunaan dadah, pelakon Yoo Ah In boleh dikenakan tindakan waran tangkap oleh pihak berkuasa.
Memetik laporan Allkpop, satu kenyataan dikeluarkan oleh pihak polis yang bertegas mahu aktor itu memberikan kerjasama sepanjang proses siasatan.
"Adalah lebih baik sekiranya menetapkan satu tarikh untuk dia (Yoo Ah In) hadir bagi tujuan siasatan.
"Jika dia tidak dapat dijalankan maka waran tangkap perlu dikeluarkan," jelas kenyataan tersebut.
Yoo Ah In perlu menjalani siasatan kedua pada 11 Mei lalu namun aktor berkenaan enggan keluar daripada kereta apabila tiba di balai polis.
Dia dilihat terus pulang ke rumah kerana mendapati ramai pengamal media yang sudah menunggu di sana bagi membuat liputan.
Pada 5 Februari lalu Yoo Ah In ditahan di lapangan terbang atas tuduhan mengambil dadah.
Hasil saringan air kencing dan ujian makmal dia didapati mengambil dadah jenis ganja, kokain, ketamin dan propofol sejak 2021.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
| |
|