View: 467|Reply: 5
|
Kemiskinan Haid Di Malaysia Tidak Membimbangkan
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Kemiskinan haid di Malaysia dilihat berada pada tahap yang tidak membimbangkan susulan pemberian tuala wanita itu sentiasa dilaksanakan oleh kerajaan.
Inisiatif itu diberikan kepada kumpulan sasaran seperti orang asli, golongan berpendapatan rendah (B40) dan golongan tidak berkemampuan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pemberian tuala wanita itu dijalankan bagi memastikan kumpulan berkenaan tidak ketinggalan.
Nancy Shukri berucap pada Program Dana Kotex She Can Project di Star Boulevard. FOTO Bernama.
"Inisiatif itu juga bagi menjamin tahap kebersihan wanita sewaktu menjalani tempoh berkenaan (haid)," katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Dana Kotex She Can, di sini, hari ini.
Dalam majlis itu, beliau menyaksikan penyerahan cek berjumlah RM100,000 kepada 10 sekolah dengan setiap satu sekolah berkenaan menerima RM10,000.
Nancy berkata, sudah tiba masanya untuk pendidikan mengenai haid diperkasa.
"Kalau kita lihat dari dulu-dulu lagi perkara ini tidak banyak dibincangkan kerana segan dan malu.
"Namun sudah tiba masanya kita pandang ke hadapan dan menggalakkan mengenai pendidikan mengenai haid," katanya.
Dengan adanya pendidikan mengenai haid, katanya, perkara itu tidak akan menjadi tabu dalam kalangan masyarakat.
"Mereka (remaja wanita) perlu mengetahuinya supaya dapat menguruskan diri sendiri serta dapat mewujudkan suasana kondusif.
"Dengan adanya media sosial seperti TikTok dan Youtube, ia dapat memberi pengetahuan serta didikan itu dengan lebih mudah dan dapat diterima oleh masyarakat termasuk kaum lelaki," katanya.
Sementara itu, beliau turut memaklumkan Rang Undang-Undang (RUU) Warga Emas masih diperhalusi dan dijangka dibentangkan di Parlimen tahun hadapan.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa yang keluar haid? |
|
|
|
|
|
|
|
Kang sentap pula zaliha kaki blok . Penat je dia buta idea pad free. Apa tah jd idea tu skrg ek |
|
|
|
|
|
|
|
kura2
|
|
|
|
|
|
|
|
ketambangkang replied at 17-5-2023 09:08 AM
kura2
Hihi... betul |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 16-5-2023 11:56 PM
Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa yang keluar haid?
Binatang bernama nancy shukri, sissy. |
|
|
|
|
|
|
| |
|