CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 638|Reply: 0

Hati-Hati Jika Gatal Semacam Pada Alat Sulit, Rupanya Ada Kutu! Ini Faktanya

[Copy link]
Post time 17-5-2023 08:44 AM | Show all posts |Read mode
Hati-Hati Jika Gatal Semacam Pada Alat Sulit, Rupanya Ada Kutu! Ini Faktanya


Pernahkah anda mendengar mengenai kutu kemaluan? Ia juga digelar kutu kelamin, kutu pubik atau dalam bahasa Inggeris adalah Pubic Lice (Pthirus Pubis).

Kutu bukan sahaja berada di kawasan rambut seperti semua sedia maklum, tetapi ada juga di kawasan kemaluan. Justeru itu, mari teruskan pembacaan anda untuk mengetahui lanjut mengenai kutu kemaluan, punca, simptom dan langkah untuk mencegahnya.

KUTU KEMALUAN




APA ITU KUTU KEMALUAN
Kutu kemaluan juga dikenali sebagai ketam, adalah serangga yang sangat kecil yang menyerang kawasan kemaluan. Terdapat tiga jenis kutu yang menyerang manusia:

  • Kutu kepala (head lice)
  • Kutu badan (body lice)
  • Kutu kemaluan (pubic lice)
  • Kutu memakan darah manusia dan menyebabkan kegatalan teruk di kawasan yang terjejas. Kutu kemaluan biasanya hidup pada rambut kemaluan dan merebak melalui hubungan seksual.


Dalam kes yang jarang berlaku, kutu kemaluan boleh merebak ke kawasan lain dengan bulu badan yang kasar termasuk:

  • Bulu muka
  • Kaki
  • Dada
  • Ketiak
  • Janggut atau misai.
  • Bulu mata atau kening, terutama pada kanak-kanak.
  • Kutu kemaluan selalunya lebih kecil daripada kutu badan dan kepala. Serangan kutu kemaluan adalah perkara biasa di kalangan orang yang mempunyai jangkitan seksual.


PUNCA
Kutu kemaluan paling kerap tersebar semasa aktiviti seksual. Anda juga mungkin mendapat kutu kemaluan daripada cadar, selimut, tuala atau pakaian yang dijangkiti.

SIMPTOM-SIMPTOM



Gejala kutu kemaluan sering muncul kira-kira lima hari selepas serangan. Gejala termasuklah:

  • Pruritus (gatal-gatal teruk) di kawasan berbulu, terutamanya rambut kemaluan.
  • Kulit merengsa yang mungkin berdarah atau merah akibat gigitan kutu.
  • Bintik najis kutu hitam pada seluar dalam.
  • Titik putih kecil pada bulu kemaluan yang sukar ditanggalkan (ini adalah telur kutu).
  • Bintik kebiruan pucat pada peha, punggung dan perut bawah anda.
  • Rasa lemah dan demam ringan.



KEPERLUAN BERJUMPA DOKTOR APABILA…

Dapatkan rawatan kutu kemaluan sekiranya:
Produk di farmasi tidak berjaya membunuh kutu.
Wanita hamil.
Mempunyai kulit yang dijangkiti melecet akibat menggaru.


LANGKAH UNTUK MENGELAKKAN SERANGAN KUTU KEMALUAN
Mengelakkan berkongsi pakaian, peralatan tempat tidur atau tuala dengan sesiapa sahaja yang mempunyai kutu kemaluan.
Hubungan seksual juga harus dielakkan sehingga rawatan selesai dan berjaya.
Maklumkan kepada pasangan sekiranya anda didiagnosis mempunyai kutu kemaluan untuk sama-sama terima rawatan.


KESIMPULAN
Sekiranya anda mempunyai gejala-gejala seperti di atas, jangan rasa malu untuk berjumpa doktor bertauliah bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan susulan. Mari sama-sama jaga kesihatan diri!


Sumber: Healthline / Mayo Clinic / Cleveland Clinic
https://siraplimau.com/kutu-kemaluan/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.034872 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list