|
MAYAT remaja lelaki ditemukan lemas ketika mandi di D'Kasai Riverside (Monkey Rock), Penempatan Orang Asli, Kampung Gabong, dekat sini. FOTO Amir Hamzah Nordin
Bentong: Remaja lelaki yang dibawa arus deras ketika mandi sungai di D'Kasai Riverside (Monkey Rock), Penempatan Orang Asli, Kampung Gabong, dekat sini, ditemukan lemas malam tadi.
Mayat mangsa, Muhammad Syafiq Akmal Zaidi, 17, yang tinggal di Felda Lakum, Lanchang, ditemui pada 9.35 malam.
Mangsa dikatakan ke lokasi kejadian bersama tiga rakan pada 5.10 petang.
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mayat mangsa ditemui oleh skuad Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) pada kedalaman tiga meter di sekitar mangsa dipercayai terjatuh.
"Bagaimanapun, mangsa dipercayai tergelincir dan jatuh ke dalam sungai serta dibawa arus deras.
"Pasukan PPDA turut membantu menaikkan mangsa kerana air terlalu deras," katanya.
Katanya, seramai 10 orang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bersama dua jentera bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat kejadian.
Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ras-ditemukan-lemas |
|