CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 272|Reply: 0

[Selangor] Pesawat Boeing tengah bendang bakal produk pelancongan baharu Selangor

[Copy link]
Post time 17-5-2023 03:31 PM | Show all posts |Read mode

Suee Lim (kiri) menunjukkan isyarat tanda bagus dengan berlatarkan pesawat Boeing 727 di Parit 5, Sekinchan itu. - Foto Facebook


SABAK BERNAM –  Terminal Sekinchan yang menempatkan pesawat Boeing 727 di kawasan sawah di Parit 5 di sini, bakal menjadi tarikan dan produk pelancongan terbaharu di Selangor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, terminal yang sedang dibangunkan sebagai Premium Outlet Cafe itu telah dikunjungi lebih 30,000 pengunjung setakat ini.

Katanya, kehadiran orang ramai itu bagi merakam gambar dan video terutama sepanjang Aidilfitri selepas terminal itu tular sejak tahun lalu.

“Pada waktu ini, kerja pembangunan dan ubah suai kafe berkenaan sedang dijalankan oleh pihak swasta yang terlibat dalam sektor pelancongan.

“Saya difahamkan bahawa banyak perbelanjaan sudah dilaburkan bagi pembangunan kafe di terminal tersebut,” katanya ketika ditemui di Sekinchan di sini, hari ini.

Suee Lim yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor itu menambah terminal Sekinchan mendapat promosi tersendiri menerusi perkongsian tular pengunjung di media sosial selain turut dipromosi bagi sebuah drama syarikat televisyen tempatan awal bulan ini.

“Kita berharap lokasi itu akan terus menjadi tumpuan selepas dibuka secara rasmi kelak,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... an-baharu-selangor/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.040302 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list