CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 249|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Penganggur dipenjara tiga bulan cederakan isteri

[Copy link]
Post time 17-5-2023 03:46 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dipenjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan isterinya sehingga menerima tujuh jahitan.

Mohd. Faizal Maula Azanan, 33, didakwa mencederakan mangsa yang juga pembantu pegawai perubatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kira-kira pukul 4 pagi, di sebuah pangsapuri di Batu 5, Setapak di sini.

Tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan terhadap wanita berusia 35 tahun itu dengan menghantukkan kepalanya pada kening kanan mangsa.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum di bawah Seksyen 323.

Mohd. Faizal yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan dia menyesal dengan perbuatannya.

“Saya minta maaf, saya menyesal mencederakan isteri. Saya ada anak dan ingin memperbaiki kehidupan,” ujarnya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Sareeka Balakrishnan memohon hukuman setimpal atas alasan perbuatan tertuduh menyebabkan isterinya mengalami luka lelasan sehingga menerima tujuh jahitan pada kening.-UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... n-cederakan-isteri/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.041684 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list