View: 200|Reply: 0
|
[Terengganu]
Umpil mesin CRM selepas tiada baki dalam akaun
[Copy link]
|
|
Besut: Seorang lelaki yang cuba memecah sebuah Mesin Kitar Semula Tunai atau Cash Recycler Machine (CRM) di sebuah bank, di sini, ditahan, semalam.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, kejadian disedari kakitangan bank kira-kira 6 petang sebelum dimaklumkan kepada pegawai cawangan bank berkenaan.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, pengadu (pegawai cawangan bank) mendapati dua unit kereta peronda polis sudah berada di hadapan bank dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati pintu cover hadapan mesin CRM sudah dipecah.
"Hasil semakan lanjut melalui kamera litar tertutup (CCTV) mendapati (alat penggera) berbunyi dan seorang lelaki dilihat cuba mengumpil cover hadapan mesin berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Katanya, polis berjaya menjejak dan menangkap lelaki berusia 42 tahun itu di sebuah rumah di Kampung Bukit Rambutan di sini, 9.45 pagi hari ini.
Menurutnya, berdasarkan maklumat daripada kakitangan bank, lelaki itu dipercayai kerap kali datang ke bank itu untuk menyemak baki akaunnya.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.
"Siasatan awal turut mendapati lelaki berkenaan mempunyai tiga rekod kesalahan lampau berkaitan kes dadah serta keganasan rumah tangga," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... da-baki-dalam-akaun |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|