CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 275|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Ruang udara Langkawi ditutup mulai esok, operasi dron dilarang

[Copy link]
Post time 18-5-2023 10:31 AM | Show all posts |Read mode

Langkawi

Putrajaya: Ruang udara Langkawi ditutup bermula esok sehingga 27 Mei ini seperti yang dinyatakan dalam Aeronautical Information Publication (AIP) Supplement sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA '23), kata Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Norazman Mahmud.

Beliau berkata, turut dilarang dalam tempoh berkenaan adalah pengoperasian dron bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini, terutamanya membabitkan aspek keselamatan dan sekuriti orang ramai serta pesawat yang sedang beroperasi di ruang udara Langkawi.

"Penggunaan dron tanpa kelulusan dikhuatiri akan mengganggu latihan dan pertunjukan udara sepanjang penganjuran LIMA '23," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebarang aktiviti penerbangan termasuk pengendalian aktiviti dron yang boleh mengundang bahaya kepada orang awam atau harta benda adalah tertakluk di bawah Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 [Akta 3], Peraturan 98 dan Peraturan 140-144 Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 dan Civil Aviation Directives (CADs), katanya.

Pameran LIMA '23 akan berlangsung selama lima hari bermula 23 Mei ini, dengan lebih 600 syarikat dari 60 negara dijangka mengambil bahagian.

Kali terakhir LIMA diadakan adalah pada 2019, dan ia tidak diadakan pada 2021 susulan pandemik Covid-19 yang melanda dunia ketika itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... erasi-dron-dilarang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.049021 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list