View: 231|Reply: 0
|
[Kelantan]
Wajar darurat jika cuaca panas melampau - Timbalan Mufti Kelantan
[Copy link]
|
|
Nik Abdul Kadir Nik Mohamad
Kota Bharu: Sekiranya keadaan cuaca panas melampau masih berlarutan dan mendatangkan mudarat, tindakan darurat seperti dalam pertimbangan kerajaan adalah wajar.
Timbalan Mufti Negeri Kelantan Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad berkata, langkah tepat perlu diambil demi kebaikan rakyat hingga keadaan dapat dikawal.
"Sekiranya (tindakan darurat) munasabah, tiada halangan di pihak kita untuk kebaikan rakyat.
"Kalau betul cuaca panas melampau ini berlarutan dan mendatangkan lebih mudarat, langkah itu sesuai untuk kawal keadaan," katanya di sini, hari ini.
Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan bersedia untuk mengisytiharkan darurat berikutan cuaca panas melanda negara ini.
Bagaimanapun, perkara itu belum diputuskan lagi buat masa ini dan pihak berkaitan sedang membuat pemantauan 24 jam sehari.
Nik Abdul Kadir berkata, pihaknya juga menggalakkan solat hajat untuk meminta diturunkan hujan dilakukan di semua masjid sejak awal fenomena cuaca panas melanda lagi.
Terdahulu, beliau mengiringi Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang juga Tengku Temenggong Kelantan Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz ke majlis Jalinan Ukhwah Aidilfitri MAIK di Kompleks Islam Darulnaim di sini.
Dalam perkembangan mengenai isu penggunaan kalimah Allah, Nik Abdul Kadir enggan mengulas lanjut sebaliknya berharap isu itu dapat diselesaikan dengan baik.
"Sudah ada fatwa dari Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) yang selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan diharapkan isu itu tidak dipanjangkan lagi," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... alan-mufti-kelantan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|