View: 254|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Discaj lelaki koma, HTJS akan siasat secara terperinci
[Copy link]
|
|
HOSPITAL Tuanku Jaafar Seremban (HTJS). FOTO Arkib NSTP
Seremban: Pihak pengurusan Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) akan menyiasat dengan teliti berhubung tular aduan seorang wanita yang mendakwa suaminya yang berada dalam keadaan koma diarahkan discaj dari hospital meskipun keadaan belum stabil.
Pengarahnya, Datuk Dr Zaleha Md Noor berkata, pihaknya juga akan mengadakan satu perjumpaan dengan keluarga terbabit bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian itu.
"Kami ingin merujuk kepada satu hantaran yang tular di laman Facebook milik Afifa Ramli hari ini berkenaan pesakit diarah untuk discaj dari wad dalam keadaan masih tidak stabil.
"Pihak HTJS memandang serius isu ini dan satu pertemuan dengan pengadu akan diadakan bagi mendapatkan gambaran yang lebih terperinci serta membincangkan mengenai aduan yang tular ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, satu jawatankuasa penyiasatan yang terdiri daripada pakar dan pegawai perubatan akan diwujudkan khusus bagi menyiasat dengan teliti isu terbabit.
"Kami memohon mana-mana pihak untuk tidak membuat sebarang andaian terhadap pihak yang
terbabit sepanjang proses siasatan ini dijalankan," katanya.
Terdahulu seorang wanita meluahkan isi hatinya mengenai keadaan suaminya yang sudah koma sejak 30 hari lalu, namun didesak supaya dibenarkan keluar wad dari HTJS.
Dakwa wanita itu, sepanjang minggu lalu pakar mendesak pesakit dibawa keluar dengan alasan suaminya sudah stabil dan sudah tidak memerlukan rawatan pakar lagi selain alasan wad memerlukan katil kosong.
Wanita itu mendakwa, pada Jumaat lalu suaminya didiscaj dan dia terpaksa menyewa sebuah ambulans swasta untuk membawa lelaki itu pulang ke rumahnya di Jelebu.
Bagaimanapun, dakwanya, ketika hampir tiba di rumahnya, suaminya diserang sawan sebelum dia menghubungi talian 999 dan membawa lelaki itu ke Hospital Jelebu.
Dia mendakwa, suaminya dirawat di zon merah dan mengalami sawan beberapa kali selepas itu sebelum doktor memberitahunya lelaki itu mengalami demam.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... t-secara-terperinci |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|