View: 217|Reply: 0
|
[Johor]
Polis bagi amaran batalkan 'Gang Bang JB Party'
[Copy link]
|
|
KAMARUL Zaman. FOTO arkib NSTP
Johor Bahru: Polis memberi amaran keras supaya penganjuran acara dipercayai parti seks bebas 'Gang Bang JB Party' dibatalkan.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya akan membuat pemantauan berterusan terhadap apa jua penganjuran acara yang menyalahi undang-undang.
"Polis Johor memberi amaran yang keras kepada penganjur acara 'Gang Bang JB Party' supaya acara berkenaan tidak diteruskan dan dibatalkan.
"Kita juga akan membuat pemantauan berterusan di atas apa-apa juga penganjuran acara yang menyalahi undang-undang dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Semalam, tular poster atau kad jemputan ke acara 'Gang Bang JB Party' melalui media sosial (Twitter) yang mempromosikan pesta seks bebas.
Acara itu dijangka diadakan pada 20 Jun 2023 bermula jam 4 petang hingga 9 malam.
Kamarul Zaman berkata, penganjuran acara berkenaan secara jelas adalah menyalahi undang-undang.
Beliau berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 292(e) Kanun Keseksaan dan bagi kesalahan penyebaran melalui media sosial, polis akan membuat siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.
Pada masa sama, Kamarul Zaman memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan jenayah boleh menyalurkan maklumat ke Bilik Gerakan Polis Johor di talian 07-2212999.
"Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mencetuskan kebimbangan atau menggugat ketenteraman awam," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -gang-bang-jb-party |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|