CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 233|Reply: 0

[Johor] Terpaksa mendayung dalam kotoran Sungai Tebrau

[Copy link]
Post time 27-5-2023 12:50 PM | Show all posts |Read mode

Gambar yang diambil pada November 2021 menunjukkan keadaan di sekitar Sungai Tebrau, berhampiran Kampung Bakar Batu, Johor Bahru. - Foto fail NSTP

JOHOR BAHRU: Atlet sukan bot tradisional dan kayak Johor memerlukan pusat latihan yang bersesuaian di bandar raya ini, berikutan Sungai Tebrau yang dijadikan lokasi latihan sejak 2015, kini tidak lagi sesuai kerana kotor.

Atlet kayak dan bot tradisional, Muhammad Fakhrullah Mohd Rumaize, berkata keadaan Sungai Tebrau di sini yang tercemar dengan sampah sarap menjadi cabaran utama mereka ketika menjalani latihan.

Beliau berkata, kerajaan negeri sudah menyediakan sebuah pusat latihan bot tradisional dan kayak di Tasik Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, namun ketiadaan pusat latihan di Johor Bahru menyebabkan mereka terpaksa menggunakan Sungai Tebrau sebagai lokasi latihan.

"Kebanyakan atlet sukan ini tinggal dan menyambung pelajaran di Johor Bahru, sebab itu kami memilih Sungai Tebrau sebagai tempat latihan.


"Kami berulang-alik ke pusat latihan di Pagoh pada setiap hujung minggu, manakala pada hari biasa kami di Sungai Tebrau. Namun, sebagai langkah penambahbaikan tempat baharu yang bersesuaian di sini diperlukan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.


Atlet kayak dan bot tradisional, Muhammad Fakhrullah Mohd Rumaize. - Foto failBERNAMA

Beliau yang juga anggota pasukan bot tradisional negara yang menyumbang pingat perak dalam acara 250 meter (m) 12 kru terbuka lelaki dan gangsa bagi 800 m 12 kru (U24) lelaki pada Sukan SEA Kemboja 2023 baru-baru ini, berharap kerajaan negeri dapat membantu membuat penambahbaikan bagi pembangunan sukan tersebut sekali gus melahirkan lebih ramai atlet berbakat di Johor.

Muhammad Fakhrullah yang juga atlet lelaki terbaik Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 berkata penambahbaikan itu termasuk usaha membersihkan Sungai Tebrau secara berkala oleh pihak berwajib.

Menurutnya prestasi atlet akan lebih baik sekiranya Sungai Tebrau dipelihara berikutan sungai itu turut digunakan beliau dan rakan atlet ketika persediaan menghadapi temasya sukan itu. .

"Sekiranya sungai itu lebih cantik dan bersih daripada sampah sarap, tidak mustahil kita (atlet) mampu capai prestasi yang lebih baik berbanding sekarang, dalam masa sama dapat menjadi tempat tarikan orang ramai.

"Kadang-kadang bila kami berlatih, ada sampah tersangkut di bot dan kayak yang kami juga bantu bersihkan, dari segi jumlah sampah bergantung juga pada cuaca dan hari," katanya.

Sungai Tebrau merupakan antara sungai yang menjadi lokasi pembuangan sampah oleh individu tidak bertanggungjawab di negeri ini, dengan anggaran 80 tan sampah terpaksa dikutip oleh pihak berkuasa tempatan pada setiap bulan. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... toran-sungai-tebrau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.071955 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list