|
AZMI dan isteri, Saleha mengemaskan kelengkapan bagi menunaikan haji di rumahnya di Kampung Melayu Raya, Pontian kelmarin.
PONTIAN – Seorang pekebun durian tidak menduga, musim durian dikebunnya yang tidak menjadi tahun ini sebagai tanda Allah akan memberikan rezeki peluang menunaikan fardu haji.
Menurut Azmi Mohamed, 52, walaupun ada detik rasa marah kerana daripada 140 pokok duriannya, hanya 30 peratus sahaja bunga yang ‘melekat’ gugur disebabkan faktor cuaca.
Katanya, namun dia bersyukur penantian selama 15 tahun untuk menjadi tetamu Allah tertunai juga apabila menerima WhatsApp berhubung perkara itu baru-baru ini.
Ujarnya, dia dan isteri, Ustazah Saleha Samsu, 49, seperti tidak percaya apabila menerima tawaran tersebut yang sepatutnya pada tahun lalu, tetapi tertunda ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Alhamdulillah, mungkin tiada rezeki durian kali ini, Allah ganti dengan peluang menunaikan haji,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Melayu Raya di sini kelmarin.
Katanya, sumber perbelanjaan bagi menunaikan haji, adalah daripada simpanan hasil tanaman dusun durian milik keluarga.
https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... s-17-tahun-menanti/ |
|