|
Seramai 11 individu termasuk dua wanita direman di Mahkamah Tinggi Seremban, hari ini, kerana disyaki terbabit dengan kegiatan ah long di Negeri Sembilan. Foto ihsan pembaca
Seremban: Seramai 11 individu termasuk dua wanita ditahan di beberapa lokasi, semalam, bagi membantu siasatan selepas dipercayai terbabit dengan kegiatan ceti haram (along) di Negeri Sembilan.
Difahamkan, kesemua individu berusia antara 19 hingga 60 tahun itu kini direman sehari bermula hari ini manakala seorang daripada mereka direman tiga hari bagi membantu siasatan.
Menurut sumber, perintah reman itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Yusna Khadijah Md Yusop selepas membenarkan permohonan reman oleh Inspektor Nur Fatin Amira Mohamad Yusof.
Jelasnya, kesemua mereka ditahan secara berasingan di sekitar Negeri Sembilan, Johor dan Kedah dalam 'Ops Vulture', semalam.
Katanya, kesemua ditahan membabitkan eksekutif akaun, pembantu operasi, pekerja am, pembantu kebun dan bekerja sendiri.
Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof mengesahkan perkara itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 kerana disyaki terbabit dengan aktiviti pemberi pinjaman wang tanpa lesen.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... cundang-dalam-lokap |
|