View: 201|Reply: 0
|
[Johor]
Tular gaduh: 12 sudah ditahan
[Copy link]
|
|
Johor Bahru: Seramai 12 individu termasuk pelajar sekolah sudah ditahan polis bagi membantu siasatan kes pergaduhan yang dipercayai berpunca akibat salah faham berkaitan isu baling pemadam pensel dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Kempas, minggu lalu.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, semua suspek yang berusia antara 17 hingga 35 tahun itu ditahan sejak kes pergaduhan pertama dilaporkan berlaku pada 24 Mei lalu, sehingga pagi tadi.
"Pagi tadi kita tahan tiga lagi suspek, menjadikan 12 orang sudah ditahan setakat ini.
"Pada mulanya, polis dan masyarakat sudah mendamaikan mereka selepas kes pergaduhan pertama berlaku, namun tiga hari selepas itu, berlaku satu pergaduhan apabila ada pihak tidak berkaitan mengambil kesempatan," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.
Ditanya mengenai mangsa, beliau berkata, setakat ini hanya seorang mangsa masih dirawat di hospital, namun tiada sebarang kematian dilaporkan berlaku.
"Ada maklumat yang kata mangsa meninggal dunia, itu tidak betul," katanya.
Kamarul Zaman turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mengeruhkan keadaan dan cuba mengapi-apikan pihak yang terbabit dalam insiden itu.
"Sebenarnya tiada masalah, keadaan terkawal dan tenang. Jangan percaya mesej yang membangkitkan perasaan marah antara kaum," katanya.
Pada 24 Mei lalu, berlaku pergaduhan di sebuah sekolah menengah sekitar Kempas yang dipercayai berlaku hanya kerana tidak puas hati dengan insiden membaling pemadam pensel.
Sabtu lalu, dalam satu video berdurasi 28 saat memaparkan kejadian pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki memukul mangsa dan mengeluarkan kata-kata berbentuk perkauman disyaki ada kaitan dengan kes pergaduhan pada 24 Mei lalu itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... uh-12-sudah-ditahan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|