CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 303|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Padah curi telefon bimbit bernilai RM600, didenda RM6,000

[Copy link]
Post time 1-6-2023 03:05 PM | Show all posts |Read mode

MUHAMMAD Hakimi Hiqbal (kanan) ketika hadir di Mahkamah Majistret Jelebu. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap

Jelebu: Seorang lelaki didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku salah mencuri telefon bimbit.

Tertuduh Muhammad Hakimi Hiqbal Mohd Shafie, 21, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.

Majistret turut memerintahkan tertuduh dikenakan enam bulan penjara sekiranya gagal membayar denda itu.

Berdasarkan pertuduhan, Muhammad Hakimi Hiqbal dituduh mencuri telefon bimbit jenama Honor 20 Lite dianggarkan bernilai RM600 di sebuah salun rambut di Kuala Klawang, antara 12 hingga 1.30 tengah hari, Ahad lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Loqman Hakim Ahmad Khairie manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... m600-didenda-rm6000
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 06:05 AM GMT+8 , Processed in 0.191313 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list