View: 649|Reply: 6
|
Durian Rahmah Sebakul RM50 Je, Campur-Campur Termasuk Musang King, IOI Dan B13
[Copy link]
|
|
Muar: Hanya RM50 sebakul, penggemar durian boleh menikmati pelbagai jenis termasuk Musang King, IOI dan B13 yang ditawarkan peniaga di Jalan Tangkak-Muar Sungai Mati.
Cetusan idea peniaga durian, Mohd Faris Idris, 36, sekali gus memberi peluang kepada peminat durian untuk merasai buahan 'kayangan' dengan harga yang murah.
Foto: Harian Metro
"Jika tidak buat begini, orang ramai tidak mampu membeli kerana durian sinonim dengan harga mahal lebih-lebih lagi Musang King, IOI dan B13.
"Kali ini, pelanggan tidak perlu lagi bimbang kerana setiap bakul ini terdapat semua jenis durian. Setiap bakul durian ini terdiri antara tujuh hingga 10 biji bergantung pada saiz.
"Konsep ini paling laris dengan kira-kira 400 bakul sudah terjual setakat ini berbanding jualan mengikut setiap biji yang sebelum ini sambutan kurang menggalakkan.
"Lagipun, sekarang ini durian semakin banyak di pasaran jadi ia bukan sahaja memudahkan buah cepat habis, tetapi memberi peluang kepada semua pelanggan merasainya," katanya ketika ditemui.
Katanya, jualan secara bakul yang pertama kali diperkenalkan tahun ini dan ternyata sambutan diterima sangat memberangsangkan.
"Jika jualan secara bakul habis waktu pagi, saya buka pula pada waktu dengan bekalan durian yang baru sampai.
"elanggan pun berpuas hati dengan konsep harga Rahmah ini dan ia akan diteruskan sehingga habis musim," katanya yang mendapat bekalan durian di sekitar daerah ini. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
cuaca panas2 then makan doyan.. ?
tu la kome dulu juai mahai, ikut kilo
dah abes satu generasi tak reti makan doyan sbb rega kayangan..
china pun dah start kebun sendiri, baru ada akai nak juai longgok mcm dedulu kala
kome kena belajo la buat tempoyak ke lempuk doyan ke sbb tak laku |
|
|
|
|
|
|
|
Harga ladang dari dulu lagi 50sebakul mana dtg rahmah madanon plk ni... |
|
|
|
|
|
|
|
"Jika tidak buat begini, orang ramai tidak mampu membeli kerana durian sinonim dengan harga mahal lebih-lebih lagi Musang King, IOI dan B13.
Iyo laa. |
|
|
|
|
|
|
|
serius ke ni. ada org muar boleh sah kan. boleh la pi cuti ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|