View: 192|Reply: 0
|
Sheikh Jassim beri kata dua kepada Glazer
[Copy link]
|
|
Sheikh Jassim membuat bidaan kelima dan terakhir minggu ini dalam usaha mengambil alih Manchester Uniterd daripada keluarga Glazer. - Foto AGENSI
LONDON: Sheikh Jassim memberikan kata dua kepada pemilik Manchester United: "Jual kepada saya menjelang Jumaat (esok), atau saya tarik diri."
Kerabat diraja Qatar itu membuat bidaan kelima minggu ini dalam usaha mengambil alih kelab Liga Perdana Inggeris berkenaan daripada keluarga Glazer.
Bagaimanapun jutawan Qatar itu, yang bersaing dengan individu terkaya Britain, Sir Jim Ratcliffe, mula hilang sabar dengan Glazer dan syarikat yang menguruskan pembelian, Raine Group dari Amerika Syarikat.
Sheikh Jassim mahu memiliki kelab itu sepenuhnya manakala Ratcliffe hanya mahukan sebahagian daripadanya sambil mengekalkan adik-beradik Glazer.
Sheikh Jassim turut menawarkan wang pendahuluan yang mampu menyelesaikan kesemua hutang kelab.
Dia turut menjanjikan dana tambahan bagi perpindahan pemain, infrastruktur dan pelaburan lain, yang sukar ditandingi syarikat milik Ratcliffe, Ineos.
Bursa Saham New York menganggarkan nilai pasaran United sekitar 2.5 bilion pound (RM14.34 bilion) namun Glazer mahu menjual kelab itu pada harga 6 bilion pound (RM34.41 bilion).
Keempat-empat bidaan Sheikh Jassim sebelum ini kurang daripada jumlah dimahukan Glazer, dengan tawaran terakhir bulan lalu sekitar 5.5 bilion pound (RM31.54 bilion).
Glazer dilaporkan lebih berminat menerima tawaran Ratcliffe yang hanya mahukan saham melebihi 50 peratus pada harga 3 bilion pound (RM17.21 bilion).
Tawaran Ratcliffe itu akan mengekalkan pengerusi bersama, Joel dan Avram Glazer di kelab, tetapi menunjukkan jalan keluar kepada empat adik beradiknya yang lain. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... a-dua-kepada-glazer |
|
|
|
|
|
|
| |
|