|
Batu Pahat: "Kami masih tertanya-tanya bila bantuan banjir diterima, ini kerana ada antara kami sudah mengisi borang sejak Mac lalu tetapi sehingga kini belum ada apa-apa berita.
"Yang menghairankan ada mangsa banjir baru saja is borang bulan lalu tetapi sudah mendapat bantuan," rintih beberapa mangsa banjir di Kampung Tanjung Sembrong di sini, yang belum menerima Bantuan Barangan Keperluan Asas (BBKA) berjumlah RM2,500.
Mereka itu adalah Saunah Abdul Rahman, 78; Daud Anuar, 56; Azmi Abdul Rahman, 57; Safiah Abdullah, 52, dan Shaharudin Abdullah, 52, mendakwa mengalami kerugian antara RM5,000 hingga RM10,000 akibat bencana itu.
Menurutnya, mereka mengharapkan bantuan BBKA untuk membina kehidupan baharu selepas semua peralatan dalam rumah rosak akibat bencana awal Mac lalu.
"Belum lagi reda dengan musibah itu, ada pula antara kami diberhentikan kerja kerana dikatakan mengambil cuti terlalu lama sedangkan mereka masih di PPS kerana banjir belum surut.
"Malah, sebahagian besar daripada kami sudah berhutang dengan syarikat perabot kerana jika tidak berbuat demikian, rumah kami kosong," katanya ketika ditemui di kampung terbabit.
MANGSA banjir meluahkan kekecewaan apabila belum menerima bantuan sehingga kini. FOTO Ali Iqbal
Menurutnya, kebanyakan peralatan dalam rumah termasuk barangan elektrik dijadikan 'hiasan' kerana tidak lagi berfungsi akibat ditenggelami air.
Sementara itu, jurucakap Bahagian Pengurusan Bencana Daerah Batu Pahat ketika dihubungi berkata, pihaknya mengakui masih ramai mangsa banjir belum menerima bantuan terutama BBKA.
Katanya, pihaknya memilih nama mangsa secara rawak membabitkan sesetengah kawasan sebelum mengagihkan bantuan itu.
"Memandangkan permohonan bantuan banjir sudah ditutup hujung bulan lalu, kami sedang dalam proses secara berperingkat sebelum diagihkan kepada semua," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bantuan-banjir-kami |
|