CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 219|Reply: 0

[Pahang] Usaha Syed Norhaimi tanam anggur berhasil

[Copy link]
Post time 12-6-2023 02:28 PM | Show all posts |Read mode

Jerantut: Bermula dengan menanam 16 pokok sebagai projek percubaan dan kajian, kini Syed Norhaimi Syed Zin, 58, mampu berbangga apabila memiliki kemahiran yang luas dalam mengusahakan tanaman anggur atau nama saintifiknya Vitis.

Dia yang mula terbabit dengan tanaman anggur jenis manis atau 'table grape' sejak lebih dua tahun lalu kini menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Pertanian Negeri Pahang (JPNP) dalam memajukan tanaman berkenaan secara komersil.

Menurutnya, dia kini mempunyai lebih 120 pokok membabitkan 17 varieti yang ditanam di rumahnya di Taman Seri Embun dan Pusat Pertanian Temin, di sini.

Katanya, bagi mendapatkan pokok berkualiti seterusnya mampu menghasilkan buah yang banyak serta bersaiz besar, ia perlu ditanam dalam rumah hijau.

"Di peringkat awal pembabitan dengan tanaman anggur, saya berhadapan beberapa masalah terutama apabila buah yang dihasilkan bersaiz kecil dan rasanya agak masam serta tidak menarik.


Pekebun, Syed Norhaimi Syed Zin dan anaknya, Sharifah Irdina berjaya mengusahakan tanaman anggur dengan 17 varieti dalam kawasan Pejabat  Pertanian Temin. FOTO MOHD RAFI MAMAT

"Bagaimanapun selepas melakukan kajian dan percubaan terhadap penggunaan baja kimia serta organik, akhirnya kini pokok anggur saya menghasilkan buah yang banyak dengan rasa manis.

"Saya berpuas hati apabila pokok anggur matang menghasilkan buah yang hampir sama kualiti dengan buah anggur import," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau berkata, kerjasama dengan JPNP memberinya peluang untuk memajukan Pusat Anggur Temin yang terletak dalam kawasan Pejabat Pertanian Temin.

Katanya, kini terdapat 32 pokok anggur sudah berbuah dalam dua rumah hijau dan 44 pokok baharu ditanam.

Menurutnya, dia menanam 17 varieti anggur antaranya Heliodor (buah hijau), Jupiter (buah hitam), Velez (buah kemerahan), Baikonar, Lorano, Juvile, Montecristo dan Krasava.

"Untuk mendapatkan lebih banyak varieti anggur, saya membeli mata tunas secara dalam talian daripada pembekal dalam dan luar negara," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nam-anggur-berhasil
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 08:31 PM GMT+8 , Processed in 1.844887 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list