CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 220|Reply: 0

[Johor] Sanggup makan bubur kosong, kutip kangkung demi jaga isteri

[Copy link]
Post time 14-6-2023 03:24 PM | Show all posts |Read mode

Fazlenyana (kanan) dan Fadzil (kiri) menerima bantuan daripada Pasaraya Econsave di PPR Setia Indah. FOTO OMAR AHMAD

Johor Bahru : "Makan bubur kosong dan kutip sayur kangkung di tepi jalan adalah perkara normal bagi saya sekeluarga, kerana kami hanya bergantung kepada wang bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 sebulan.

Demikian luah pesakit kencing manis kronik, Fazlenyana Alias, 46, yang pergerakannya terbatas dan hanya berkerusi roda apabila kaki kirinya dipotong di paras bawah lutut pada 2019.

Katanya disebabkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan selain mempunyai penyakit darah tinggi dan kolesterol sejak 16 tahun lalu, suaminya Fadzil Ahmad, 51 terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai anggota bomba pada tahun 2016.

"Suami terpaksa berhenti kerja kerana menjaga saya sepenuh masa. Sejak itu kami bersama memasak dan menjual pelbagai juadah makanan dari rumah.

"Tetapi disebabkan kos sara hidup yang tinggi, barangan juga mahal dan kami tidak dapat meneruskan usaha. Sekarang kami hanya bergantung kepada duit JKM RM300 sebulan.

"Duit sebanyak itu memang tidak mencukupi untuk bayar sewa rumah, membayar bil utiliti, kos lampin pakai buang saya dan sebagainya," katanya yang mempunyai dua cahaya mata.

Beliau berkata demikian ketika ditemui menerima bantuan daripada pihak Pasaraya Econsave di rumahnya di PPR Setia Indah, di sini hari ini.

Bagi Fadzil, langkahnya untuk berhenti selepas berkhidmat selama 21 tahun sebagai anggota bomba adalah tepat bagi memastikan keadaan isterinya terjaga.

"Saya terpaksa ambil keputusan berhenti kerja sebab 24 jam kena isteri yang memerlukan bantuan sepenuhnya dari saya. Keadaan fizikalnya menyukarkan pergerakan ke tandas dan memerlukan empat lampin pakai buang sehari.

"Isteri juga perlu rawatan susulan di Hospital Sultan Ismail (HSI) tiga bulan sekali mengikut temujanji pihak hospital. Keluarga, jiran dan kawan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) juga ada menghulurkan bantuan, tetapi mereka juga ada komitmen lain.

"Saya juga berusaha membuat kerja sampingan dengan mengambil upah harian untuk menyara keluarga," katanya.

Dia dan suami juga menyimpan hasrat supaya anak sulungnya Muhamad Amir Huzaimi, 23 yang kini menjalani latihan sebagai bomba bantuan dapat menjadi tunjang keluarga.

Sementara itu, Pengurus Besar Pasaraya Econsave Cash And Carry Mas Imran Adam berkata pihaknya memberikan bantuan bernilai RM1,000 terdiri daripada pelbagai barangan keperluan asas dan lampin pakai buang dewasa.

Orang ramai boleh menyalurkan bantuan menerusi akaun Maybank Fazlenyana Alias iaitu 151593118979.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ng-demi-jaga-isteri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.154942 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list