CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 208|Reply: 0

[Terengganu] Aktiviti seleweng minyak diesel di tapak pembinaan tumpas

[Copy link]
Post time 15-6-2023 12:35 PM | Show all posts |Read mode

Lori yang disita kerana disyaki digunakan untuk aktiviti penyelewengan diesel di tapak pembinaan di Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berjaya menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel yang berselindung di sebalik projek tapak pembinaan di bandar raya ini semalam.

Dalam serbuan pada pukul 3.30 petang itu, pasukan penguat kuasa KPDN berjaya merampas 32,670 liter minyak diesel bernilai keseluruhan RM510,434.

Pengarah KPDN Terengganu, Saharuddin Mohd. Kia berkata, dua lelaki berusia dalam lingkungan 30-an dan 40-an disyaki anggota sindiket penyeludupan terbabit turut berjaya diberkas dalam serbuan terbabit.

“Pasukan penguat kuasa KPDN telah melakukan risikan selama dua minggu sebelum menyerbu tapak pembinaan terbabit.

“Serbuan menemui sebuah lori tangki, beberapa tangki simpanan berisi minyak diesel dan beberapa peralatan lain yang disyaki digunakan untuk kegiatan pemindahan minyak diesel tersebut,” katanya di sini hari ini.

Saharuddin berkata, pasukan penguat kuasa KPDN turut menyita beberapa dokumen berkaitan aktiviti penyelewengan minyak diesel itu.

Tambah beliau, siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengenalpasti rantaian pembekalan dan pengedaran minyak diesel tersebut. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/06 ... k-pembinaan-tumpas/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.059031 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list