View: 220|Reply: 0
|
[Johor]
Guru tahfiz dituduh laku amang seksual terhadap pelajar
[Copy link]
|
|
Seorang guru maahad tahfiz, Mohamad Hamzi Mohd Kasmadi, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar lelaki, tahun lalu. - Foto IZZ LAILY HUSSEIN
JOHOR BAHRU: Seorang guru maahad tahfiz didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas tiga tuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar lelaki, tahun lalu.
Bagaimanapun, tertuduh, Mohamad Hamzi Mohd Kasmadi, 27, mengaku tidak bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan itu dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Siti Noraidi Sulaiman.
Berdasarkan semua pertuduhan, tertuduh yang juga warden asrama didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dalam sebuah bilik asrama pusat pengajian di Benut, Pontian pada Julai dan November 2022 dan Mac lalu.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nor Fadilah Johanuddin menawarkan jaminan RM20,000 serta syarat tambahan, tertuduh dilarang mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan sehingga kes selesai selain perlu melapor diri di balai polis berhampiran dan menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.
Bagaimanapun, peguam Omar Kutty Abdul Aziz yang mewakili tertuduh memohon cadangan jumlah jaminan itu dikurangkan memandangkan tertuduh yang berpendapatan RM1,800 sebulan menanggung isteri yang sarat mengandung anak pertama.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM18,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin serta syarat-syarat tambahan yang dicadangkan pihak pendakwaan.
Sebutan semula kes itu ditetapkan pada 23 Julai ini.
https://www.bharian.com.my/berit ... al-terhadap-pelajar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|