CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 274|Reply: 1

[Melaka] 'Lelaki cangkul kepala ibu saudara kerana berebut tanah'

[Copy link]
Post time 15-6-2023 02:37 PM | Show all posts |Read mode

Johari didakwa 'cangkul' ibu saudara kerana berebut tanah dalam kejadian pada minggu lalu

MELAKA: Seorang pengacara majlis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini, atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap ibu saudaranya dengan menggunakan cangkul kerana berebut tanah dalam satu kejadian minggu lalu.

Tertuduh, Johari, 48, berstatus pemastautin tetap dengan kad pengenalan merah, meminta dibicarakan sejurus dibacakan dan diterangkan mengenai pertuduhan itu kepadanya di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Jalilah Jalal, 60, dengan menggunakan cangkul, yang boleh menyebabkan kematian mangsa.

Perbuatan itu dilakukan di hadapan rumah di Lot 672 Batu 6 1/2 Jalan Daeng Tawi Telok Mas, pada 10 Jun lalu, kira-kira jam 5 petang.



Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 20 tahun dan denda atau sebat, jika disabitkan.

Timbalan Pendakwa Raya, Puteri Nur Nadia Mohamed Iqbal yang menjalankan pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan atas alasan kesalahan itu tidak boleh dijamin.

Beliau juga meminta mahkamah mengambil kira kecederaan dialami mangsa yang disahkan doktor iaitu cedera dan pendarahan pada otak, patah tulang pipi, dagu, tangan kiri dan rusuk serta pendarahan mata hingga dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Melaka.

"Keadaan mangsa kritikal sehingga terpaksa 'ditidurkan' serta memerlukan alat bantuan pernafasan sehingga kini.

"Tertuduh dan mangsa mempunyai hubungan saudara dan tinggal berdekatan, justeru pendakwaan tidak menawarkan jaminan bagi mengelakkan pertelingkahan berpanjangan antara keluarga mereka," katanya.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam, bagaimanapun berhujah panjang lebar memohon diberikan ikat jamin dengan alasan perlu menanggung isteri serta empat anak dan mendakwa kejadian berlaku kerana ingin mempertahankan anak-anaknya.

Dia juga mendakwanya pertelingkahan sudah lama berlaku dan ibu saudaranya itu menghidap penyakit dan hampir gila.

Selepas meneliti hujah kedua-dua pihak, mahkamah memutuskan tidak membenarkan jaminan dan kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 18 Julai depan.
https://www.bharian.com.my/berit ... erana-berebut-tanah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2023 03:11 PM | Show all posts
gamaknya buat mcm tu kt mak sedara, kat mak mentua x berani la yea
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 04:59 PM GMT+8 , Processed in 1.263549 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list