CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 215|Reply: 0

[Selangor] 'Ayah biasanya balik sebelum Zohor, solat di surau'

[Copy link]
Post time 15-6-2023 02:57 PM | Show all posts |Read mode

ARWAH Ahmad. FOTO Ihsan Keluarga

Ampang Jaya: "Arwah ayah seorang yang sangat baik, jika keluar menunggang motosikal sekalipun dia akan balik ke rumah sebelum Zohor kerana akan solat setiap hari di surau berhampiran rumah di Pandan Indah," kata Muhammad Hafidz Ahmad Fadzil, 36.

Dia adalah anak kepada Ahmad Fadzil Omar Azzadin, 62, yang maut di Kilometer 22.2 Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Ulu Kelang, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, mangsa yang menunggang motosikal Ducati Panigale meninggal dunia akibat parah selepas terbabas dan terjatuh dari jejambat SUKE apabila cuba mengelak penunggang motosikal lain yang melawan arus.

Muhammad Hafidz berkata, dia mengetahui kejadian itu apabila dihubungi rakannya yang memaklumkan mengecam motosikal Ducati Panigale itu yang selalu digunakan dia dan bapanya tular di media sosial.

Menurutnya, dia kemudian menghubungi adiknya dan bertanya adakah bapa mereka keluar menggunakan motosikal itu sebelum adik mengiyakannya.

"Saya difahamkan ketika kejadian arwah ayah hendak masuk simpang di lebuh raya itu sebelum datang sebuah motosikal lain melawan arus.

"Arwah ayah cuba mengelak tetapi dia terbabas sebelum terjatuh ke bawah di lebuh raya itu," katanya kepada Harian Metro.

Katanya, mereka memiliki lima motosikal di rumah kerana bapanya sejak muda sehingga sudah bersara dalam pekerjaan pun masih minat menunggang motosikal.

"Ayah memang suka menunggang motosikal tetapi tidaklah ke tempat yang jauh kerana dia akan balik sebelum Zohor.

"Arwah setiap hari akan solat Zohor di surau berhampiran rumah dan dia akan menjadi orang pertama yang sampai di sana dulu malah dikenali ahli kariah surau," katanya.

Menurut Muhammad Hafidz, arwah ayah seorang yang baik hati dan satu lagi sikap terpujinya apabila setiap petang dia akan ke rumah abangnya yang diserang angin ahmar di Cheras melawatnya.

"Itu memang sikap arwah ayah jika ada saudara yang sakit dia tetap akan pergi ziarah walaupun sehingga ke Ipoh, Perak dan Melaka.

"Sebelum ini bapa saudara saya yang di Cheras sakit akibat angin ahmar, ayah memang akan pergi menziarahi abangnya itu setiap petang," katanya.

Katanya, dia memohon orang ramai mendoakan arwah bapanya supaya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

"Arwah ayah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana selepas selesai proses bedah siasat hari ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, polis masih mengesan penunggang motosikal yang dipercayai melarikan diri selepas menyebabkan kemalangan sehingga seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut di Kilometer 22.2 Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Ulu Kelang, di sini, semalam.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ohor-solat-di-surau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.048180 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list