View: 221|Reply: 0
|
[Kelantan]
Kelantan kuasai sektor ternakan lembu hidrid cecah RM193 juta
[Copy link]
|
|
BACHOK: Penternak di Kelantan menguasai ternakan lembu hibrid di Malaysia dengan nilai keseluruhan mencecah RM193 juta.
Mereka mewakili 94.7 peratus dengan Kelantan mempunyai 5,500 orang daripada sejumlah 5,807 penternak lembu hibrid di seluruh negara.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, berkata Kelantan mempunyai 24,291 ekor lembu pedaging (hibrid) berkualiti.
Katanya, jumlah itu mewakili 94.4 peratus daripada keseluruhan 25,711 lembu hibrid di Malaysia.
"Jumlah pengeluaran daging ialah 5,518.2 tan dengan 22 ladang pengeluar diiktiraf Jabatan Veterinar sebagai pengeluar daging hibrid NAIMbif.
"Angka ini mengagumkan dan tahniah diucapkan kepada penternak kita," katanya kepada media pada Program Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan (HPPNK) di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk HPPNK, Tuan Saripudin Tuan Ismail.
Ahmad berkata, potensi lembu hibrid sangat luas dan masih baharu di negara ini.
"Penternak di Kelantan lebih terkehadapan dalam bidang ternakan ini dan perlu dibantu pelbagai agensi bagi terus mempelopori pengeluar daging utama negara," katanya.
Beliau berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM1.89 juta menerusi projek penternakan lembu pedaging hibrid Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan bagi kemasukan lembu pedaging di kawasan seluas 40 hektar di Ladang Rong Chenok, Ogos ini.
Selain ternakan, Ahmad berkata, Kelantan turut mencatat peningkatan sektor pertanian dengan nilai tambah RM5.9 bilion pada 2021.
Sementara itu, HPPNK mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi himpunan terbesar lembu hibrid berkualiti dengan mengumpul 213 lembu baka Charolais, Limousin, Belgian Blue dan Blonde.
Semua lembu berkenaan dianggar bernilai RM2.4 juta membabitkan 113 penternak hibrid di Kelantan.
Sijil disampaikan wakil MBOR, Mohamad Nazrul Hafizi Ahmad Fauzi kepada Ahmad.
HPPNK berlangsung lima hari bermula semalam hingga Ahad ini, bertemakan 'Teknologi Tani Memacu Keterjaminan Makanan' dengan pembabitan 200 pempamer daripada pelbagai agensi dan penternak, nelayan serta petani.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob (tengah) melihat sebahagian lembu pedaging hibrid sempena Program Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan (HPPNK) di Pantai Irama, Bachok. - NSTP/NOR AMALINA ALIAS
https://www.bharian.com.my/berit ... id-cecah-rm193-juta |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|