CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 233|Reply: 0

[Perak] Duit dalam kek cara Auni Aufiyah kongsi rezeki

[Copy link]
Post time 17-6-2023 11:01 AM | Show all posts |Read mode

AUNI Aufiyah berkongsi rezeki dengan pelanggannya secara meletakkan wang yang dibalut plastik di dalam kek. FOTO Ihsan Auni Aufiyah.

Slim River: Pengusaha kek di Kampung Balun, di sini mengambil pendekatan tersendiri untuk berkongsi rezeki dengan pelanggannya apabila meletakkan wang di dalam kek jualannya sejak dua tahun lalu.

Auni Aufiyah See Abdullah, 25, yang menjual kek tapak kuda dan keju mangga menganggap inisiatif itu sebagai usaha menghargai pelanggannya.

Ibu kepada seorang anak perempuan itu mendapat perhatian dan tular di media sosial apabila ramai warganet memuji inisiatifnya itu.

Menurutnya, dia sentiasa percaya yang dalam rezekinya pasti ada rezeki orang lain dan untuk berkongsi, ia tidak semestinya memerlukan nilai besar.

"Saya sudah lama buat seperti itu (berkongsi rezeki dalam kek) sejak mula berniaga lagi, tetapi tak pernah buat video dan kongsikan di media sosial. Video yang tular itu adalah perkongsian pertama saya.

"Niat saya bukan mahu menunjuk-nunjuk atau riak tetapi saya hanya mahu berkongsi saja dan tak sangka ia akan tular serta mendapat perhatian ramai," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Auni Aufiyah berkata, secara tidak langsung video itu dapat menyampaikan mesej kepada orang ramai yang berkongsi rezeki boleh dilaksana dalam pelbagai cara dan mengikut kemampuan.

Katanya, tiada hari tertentu untuknya berkongsi rezeki dan biasanya, jika dia menyediakan 100 bekas kek keju mangga, wang akan diletakkan pada 20 ke 30 bekas kek.

"Wang itu saya akan balut dengan plastik dan pastikan ia memang betul-betul bersih kerana saya amat pentingkan aspek kebersihan makanan. Pada mulanya ramai yang sangka saya tak balut duit itu.

"Saya akan meletakkan wang kertas RM50, RM20, RM10 atau RM5 dalam bekas kek itu. Ia seperti kejutan dan siapa yang bertuah akan mendapatnya," katanya.

Katanya, usaha itu juga menceriakan pelanggan yang tidak pernah jemu menyokongnya dari sejak memulakan perniagaan di rumah dan kini sudah mempunyai kedai kek sendiri serta menggaji 15 pekerja.

"Bagaimanapun tidak semua bekas kek ada wang dan itu cara saya untuk menghargai pelanggan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... fiyah-kongsi-rezeki
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.707206 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list