CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 211|Reply: 0

[Selangor] Kaki pelajar tersangkut pada longkang konkrit

[Copy link]
Post time 19-6-2023 03:16 PM | Show all posts |Read mode

Anggota bomba mengeluarkan kaki seorang pelajar Tingkatan Empat yang tersangkut pada longkang konkrit di sebuah sekolah hari ini. - Foto BOMBA

SUNGAI BULOH: Hasrat seorang pelajar Tingkatan Empat berteduh selepas menjalani aktiviti sukan bertukar detik cemas apabila kaki kirinya tersangkut pada longkang konkrit, hari ini.

Kejadian menimpa remaja perempuan berusia 16 tahun itu berlaku di padang sebuah sekolah menengah di Saujana Utama, di sini.

Difahamkan, kaki mangsa tersangkut selama kira-kira 20 minit

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 10.30 pagi.


Beliau berkata, sepasukan lima anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya dikejarkan ke lokasi.

"Sebaik tiba, anggota bertugas mendapati tempat mangsa tersangkut adalah longkang konkrit saluran air di tepi padang sekolah.

"Longkang itu berkedalaman kira-kira satu meter," katanya hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata, pihaknya percaya remaja perempuan berkenaan tergelincir sebelum kakinya termasuk di celah antara besi dan konkrit.

"Bomba kemudian mengambil masa kira-kira lima minit untuk mengeluarkan kaki mangsa.

"Mangsa dikeluarkan tanpa mengalami sebarang kecederaan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... da-longkang-konkrit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.034301 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list