CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 212|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Boleh kena saman, JPJ akan panggil pemilik

[Copy link]
Post time 20-6-2023 03:59 PM | Show all posts |Read mode

ERICK Jusiang pada sidang media selepas Op Pemandu Warga Asing (PEWA) di Pejabat JPJ WPKL. FOTO Saifullizan Tamadi

Kuala Lumpur: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menegaskan tindakan mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan lain tetap menjadi kesalahan dan boleh dikenakan tindakan saman.

Ia susulan tular gambar sebuah kereta mewah McLaren dikatakan milik suami kepada seorang pelakon yang menggunakan nombor pendaftaran kenderaan lain pada kenderaannya itu.

Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), Erick Jusiang berkata, pihaknya akan mengeluarkan notis temu siasat terhadap pemilik kenderaan itu.

"Semakan pada sistem MySikap mendapati nombor pendaftaran dan jenis kenderaan berbeza.

"Oleh itu, JPJ akan mengambil tindakan mengeluarkan notis panggilan temu siasat untuk proses siasatan lanjut," katanya dalam sidang media selepas Op Pemandu Warga Asing (PEWA) di Pejabat JPJ WPKL di sini, hari ini.

Pada Ahad lalu, Harian Metro melaporkan, JPJ Kuala Lumpur mengesahkan nombor plat yang dikatakan milik kenderaan buatan McLaren itu bukan nombor sebenar dan pemilik berdaftar pula orang berbeza.

Jabatan itu menasihati pemilik McLaren tampil membuat laporan.

Susulan itu, lelaki terbabit memuat naik satu klip video menafikan dakwaan dia dipanggil pihak berkuasa berhubung kejadian tular itu.

Katanya, dia hanya menggunakan nombor pendaftaran yang tular itu untuk tujuan mengambil foto kenangan bersama isterinya dan tidak digunakan di atas jalan raya.

Mengulas lanjut, Erick berkata, siasatan lanjut perlu dijalankan sebelum saman dikeluarkan mengikut Seksyen 108(3)(F) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Jika dilihat (gambar yang tular) memang menjadi kesalahan dari segi undang-undang (menggunakan nombor pendaftaran kenderaan lain).

"Sebab itu kita (JPJ) kena panggil untuk siasat sebelum tindakan selanjutnya. Dari sudut ubahsuai pula, perlu melalui proses siasatan juga sebelum tindakan lanjut," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kan-panggil-pemilik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.159512 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list