View: 208|Reply: 0
|
[Pahang]
Alhamdulillah, Razak sekeluarga dapat rumah sewa
[Copy link]
|
|
LAPORAN terdahulu.
Temerloh: Bapa tiga anak dikenali Razak yang hampir 10 bulan tinggal di dalam Proton Wira, bersyukur dengan bantuan orang ramai yang membolehkan mereka menghuni rumah sewa dalam masa terdekat ini.
Razak ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia menghargai dan berterima kasih dengan bantuan yang diberikan semua pihak yang prihatin termasuk orang ramai, pihak hospital, jabatan kerajaan, wakil rakyat dan badan bukan kerajaan (NGO).
Dia yang baru keluar Hospital Temerloh, semalam turut lega kerana isteri dan tiga anak berusia tiga hingga lapan tahun akan berteduh di rumah yang lebih selesa terutama apabila dia perlu dirawat di hospital kelak.
"Saya baru keluar dari hospital semalam selepas dua hari di sana untuk menjalani pembedahan kecil mengambil sampel ketumbuhan di leher bagi mengenal pasti jika ia kanser atau tidak.
"Keputusan itu akan diketahui dalam masa dua minggu lagi dan sebab itu saya mahu keluarga dapat rumah cepat sebab bimbang keadaan mereka, kalau saya perlu mendapatkan rawatan di hospital selepas ini," katanya.
Menurutnya, dia dan keluarga akan melihat rumah sewa di Karak sebelum berpindah dan malam tadi mereka tidur di sebuah hotel yang dibayar atas sumbangan seorang individu.
"Alhamdulillah dengan rezeki ini dan hanya Allah SWT saja yang mampu membalas semuanya. Saya mahu menggunakan sumbangan itu dengan baik kerana menghargai keprihatinan orang ramai.
"Bukan saja sumbangan wang, kami juga menerima bantuan makanan, lampin pakai buang anak dan pakaian. Sekali lagi saya mahu berterima kasih dengan bantuan daripada semua pihak yang prihatin dengan nasib kami ketika ini," katanya.
Terdahulu Harian Metro melaporkan kesusahan Razak, 42, bersama isteri dikenali Siti, 39, dan tiga anak mereka mendapat perhatian warganet susulan perkongsian pengguna Facebook, Edi Arjuna Pencerita.
Demi kelangsungan hidup, Razak kini mengambil upah sebagai mekanik jalanan tanpa meninggalkan anak dan isterinya, namun upah diterima tidak seberapa menyebabkan sukar untuknya menyewa rumah.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ga-dapat-rumah-sewa |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|