View: 229|Reply: 0
|
[Selangor]
Rakyat harap harga beras kekal
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/berasakkan1_1687680317.jpg)
GAMBAR hiasan
Subang Jaya: Dakwaan dijangka akan berlaku kenaikan harga beras 10 kilogram (kg) antara RM1 hingga RM2 mulai bulan depan mencetuskan kebimbangan di kalangan orang ramai terutama B40.
Suri rumah, Siti Hajar Masdar, 48, berkata jika berlaku kenaikan harga beras, ia akan menyebabkan bebanan rakyat terutama golongan rentan dan kurang berkemampuan semakin bertambah.
Menurutnya, setakat ini harga beras masih sama dan dia turut berharap khabar angin itu kenaikan harga barangan itu tidak akan berlaku.
"Apa saja kenaikan harga barang terutama keperluan utama, kita mesti akan membebankan terutama keluarga kurang berkemampuan atau hanya seorang saja yang bekerja dan kalau orang berpendapatan lebih mungkin tidak terasa sangat.
"Saya juga bimbang jika betul berlaku kenaikan harga beras kerana suami seorang saja yang bekerja, malah empat daripada enam anak juga masih bersekolah," katanya ketika ditemui di sebuah pasar raya, di sini, hari ini.
Juruteknik Teknologi Maklumat, Fazli Mohd, 36, turut mengakui berasa bimbang jika kenaikan harga itu berlaku bulan depan, namun dia mengakui tidak membeli lebih bekalan itu kerana tidak mahu membuat pembelian panik.
"Saya ada dengar dakwaan ini, tetapi berharap ia tidak akan berlaku kerana nasi adalah makanan utama kita dan kenaikan harga antara RM1 sehingga RM2 agak membebankan rakyat.
"Selain juga bimbang jika bekalan itu akan berkurangan di pasaran seperti yang berlaku kepada bekalan makanan lain sebelum ini jika berlaku kenaikan harga.
"Saya berharap kerajaan dapat mengawal perkara ini dan perhalusi usaha yang boleh mengekang kenaikan harga. Ini kerana negara kita mempunyai jelapang padi dan sebagai pengeluar beras, saya berharap tiada kenaikan harga," katanya.
Sebelum ini media melaporkan khabar angin yang mengatakan harga beras di negara ini akan mengalami kenaikan mulai bulan depan, bukan keputusan kerajaan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub dilaporkan berkata, setakat ini kerajaan belum membuat sebarang keputusan berhubung harga makanan ruji itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... p-harga-beras-kekal |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|