CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 387|Reply: 0

[Selangor] Hayat Luth dijangka kurang setahun, perlukan RM6 juta untuk sembuh

[Copy link]
Post time 25-6-2023 04:38 PM | Show all posts |Read mode

MAS Hazirah berusaha melakukan apa saja demi melihat anak, Mas Muhammad Luth yang menghidap GDM sembuh. FOTO Aziah Azmee

Subang: Mas Muhammad Luth Muhammad Aliff baru berusia lima tahun namun kanak-kanak itu terpaksa menanggung ujian berat apabila disahkan menghidap penyakit ketumbuhan otak agresif tahap empat, Glioblastoma Multiforme (GBM).

Semangat kental Mas Muhammad Luth atau lebih mesra disapa Luth berjaya melepasi saat kritikalnya, malam tadi, selepas ditidurkan selama 96 jam dan kini masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta, di sini.

Bagaimanapun kanak-kanak itu perlu mendapatkan rawatan segera daripada pakar berpengalaman di luar negara bagi merawat penyakit dihidapinya yang mana ia dikategorikan sebagai penyakit jarang jumpa.

Susulan itu, Luth memerlukan bantuan RM6 juta untuk kanak-kanak itu mendapatkan rawatan berkenaan bagi meneruskan kehidupannya dengan lebih baik bersama keluarga tersayang.

Ibunya, Mas Hazirah Saifuddin, 33, berkata, anak sulung daripada tiga beradik itu didiagnosis penyakit berkenaan pada 31 Januari lalu dan sudah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan berkenaan.

Bagaimanapun katanya, ketumbuhan yang masih ada dikesan masih aktif dan agresif sehingga mengganggu tahap kesihatannya yang semakin merosot sebelum dimasukkan ke hospital 17 Jun lalu dan ditidurkan sementara.

"Luth kini sudah memberi respon positif, namun dia masih dalam keadaan separuh sedar dan pemantauan rapi doktor. Sepanjang Luth ditidurkan saya sentiasa di sisinya dan mahu dia tahu yang dia tidak keseorangan.

"Luth memang anak yang kuat dan dia sudah melepasi saat kritikal dalam tempoh ditidurkan, namun Luth memerlukan bantuan perubatan yang segera untuk penyakitnya," katanya katanya ketika ditemui, hari ini.

Menurutnya, di negara ini rawatan perubatan serta kemudahan untuk penyakit anaknya itu terhad dan ia memerlukan rawatan di luar negara kerana mempunyai pasukan doktor pakar berpengalaman.

Katanya, mereka juga melakukan ujian berkaitan penyakit anaknya itu di luar negara dengan semua kos ditanggung sendiri dengan menggunakan wang simpanannya.

"Saya dimaklumkan penyakit Luth peluang untuk sembuh tipis dan hayatnya kurang setahun tetapi sebagai ibu saya percaya setiap manusia ada peluang hidup dengan kuasa Allah SWT.

"Malah keyakinan saya tinggi Luth ada peluang itu apabila beberapa kes yang sudah berjaya di luar negara dengan rawatan yang dilakukan," katanya sambil memberitahu anaknya sudah menjalani rawatan kimoterapi dan radioterapi.

Mas Hazirah berkata, justeru sebagai ibu, dia akan berusaha melakukan apa saja demi melihat anak kesayangan kembali sembuh dengan mendapatkan rawatan terbaik, malah Mas Muhammad Luth juga mempunyai semangat untuk sembuh.

"Saya percaya setiap ibu bapa akan melakukan perkara sama dan besar harapan saya Luth kembali sihat serta dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik.

"Rawatan untuk penyakit Luth memang di luar negara sama ada di Amerika Syarikat atau United Kingdom, namun ia belum diputuskan lagi negara mana selain bergantung kepada dana juga," katanya.

Ibu tunggal itu berkata, setakat ini dana untuk perubatan anaknya di luar negara masih belum mencukupi dan mereka masih memerlukan bantuan orang ramai.

"Saya harap rakyat Malaysia sudi membantu Luth dan saya juga berterima kasih dengan sumbangan yang sudah diberikan," katanya.

Bagi yang ingin membantu, boleh menyalurkan sumbangan melalui https://bantuan.hollow-web.com.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 6-juta-untuk-sembuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 06:06 AM GMT+8 , Processed in 0.563553 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list