View: 235|Reply: 0
|
[Perak]
Tetak sehingga tengkorak terbelah, wanita warga asing ditahan polis
[Copy link]
|
|
Manjung: Seorang wanita warga asing ditahan polis awal pagi tadi kerana disyaki membunuh seorang lelaki di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan kilang papan di Ayer Tawar, di sini.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, Sebelum penahanan itu, polis menerima laporan mengenai penemuan mayat seorang lelaki warga tempatan dengan beberapa kesan tetakan pada tubuh mangsa 5.15 petang, semalam.
Beliau berkata, mayat mangsa yang berusia 38 tahun itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri terbaring di atas tanah.
Katanya, polis turut menjumpai dua cangkuk tandan kelapa sawit, satu batang besi serta sebuah motosikal milik mangsa yang berada berdekatan dengan mayatnya.
"Hasil bedah siasat yang dijalankan hari ini mendapati punca kematian si mati adalah disebabkan pendarahan yang banyak akibat kesan tetakan senjata tajam. Luka tetakan pada kepala membelah tengkorak mengenai otak si mati.
"Kes diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohd Yusri berkata, tindakan segera siasatan polis berjaya menangkap suspek wanita warga asing berusia 38 tahun yang juga kenalan mangsa di Ayer Tawar, di sini, 3.30 pagi tadi.
"Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan hari ini untuk permohonan reman mengikut Seksyen 117, Kanun Prosedur Jenayah.
"Mahkamah membenarkan suspek direman selama tujuh hari sehingga 1 Julai bagi membantu siasatan lanjut," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... asing-ditahan-polis |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|