CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 279|Reply: 0

[Melaka] Pasangan kekasih didakwa bunuh warga emas

[Copy link]
Post time 27-6-2023 01:28 PM | Show all posts |Read mode

NOORBAIZURA Mohd Fuad dan Muhammad Faris Amjad Jamalludin berdepan hukuman mati selepas didakwa membunuh lelaki warga emas, April lalu. FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad

Melaka: Sepasang kekasih dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh lelaki warga emas yang mayatnya ditemui di dalam longkang, April lalu.

Tertuduh, Noorbaizura Mohd Fuad, 34, dan Muhammad Faris Amjad Jamalludin, 24, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah terhadap mereka.

Bagaimanapun, mahkamah tidak merekodkan sebarang pengakuan daripada kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam bela kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Tan Kue Seng, 71, di tepi Jalan Gapam, Ayer Keroh, di sini, 9 April lalu, antara 7 pagi hingga 9 pagi.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama dan jika disabitkan membawa hukuman mati.

Timbalan Pendakwa Raya Wardah Ishhar tidak menawarkan jaminan dan memohon tarikh sebutan bagi mendapatkan beberapa laporan termasuk bedah siasat.

Majistret Mazana Sinin kemudian menetapkan kes untuk sebutan serahan dokumen dan lantikan peguam pada 22 Ogos depan.

Terdahulu, dalam prosiding berasingan di Mahkamah Sesyen 3, Muhammad Faris Amjad mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan merompak dua wanita termasuk seorang warga emas, Mac dan April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan (KK), jika disabitkan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, dan Seksyen 392 KK yang memperuntukkan hukuman penjara sampai 14 tahun dan dengan denda.

Timbalan Pendakwa Raya N Sivashangari membantah jaminan atas alasan tertuduh berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 302 KK.

Hakim Darmafikri Abu Adam membenarkan permohonan pendakwaan berkaitan jaminan dan menetapkan kedua-dua kes disebut semula pada 1 Ogos depan untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... wa-bunuh-warga-emas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.037480 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list