View: 625|Reply: 3
|
Banyak Kontroversi, PU Abu Rasa Tak Layak Digelar Ustaz
[Copy link]
|
|
“Saya Abu, saya bukan ustaz.”
Demikian luahan hati PU Abu atau nama lengkapnya Mohd Abu Sufyan Mokhtar Rozaidi berasakan dirinya tidak layak meraih gelaran dihormati itu akibat kerap terpalit kontroversi sebelum ini.
Jelas Abu, 29, gelaran ustaz merupakan panggilan yang sewajarnya hadir bersama tanggungjawab besar.
“Saya bukan ustaz dan tidak selesa digelar ustaz, saya lebih suka kalau orang panggil Abu atau Abu Sufyan.
“Bila ada gelaran, ibarat tak boleh buat dosa dan kena maksum. Saya akui memang berat. Jadi ini adalah saya, bukan ustaz atau PU (Pencetus Ummah).
Bekas peserta Pencetus Ummah itu menganggap gelaran yang pernah diperoleh bukan anugerah yang boleh meletakkan dirinya sebaris agamawan, sebaliknya merupakan satu ujian.
“Ketika saya mendapat gelaran tersebut daripada sebuah rancangan televisyen, saya sedaya upaya menjaga gelaran itu.
“Ini kerana saya lihat gelaran itu hakikatnya sebagai ujian besar untuk saya ‘membawanya’ melalui kehidupan, bukan satu anugerah.” katanya kepada Kosmo! Online selepas majlis Pelancaran Pakej Umrah Mukim 80 Hari, baru-baru ini.
Menyedari ramai individu dalam kalangan ustaz yang terpalit kontroversi termasuk dirinya sendiri, Abu menyifatkan, golongan ustaz juga manusia yang tidak pernah suci daripada dosa.
“Mereka (ustaz) manusia biasa seperti insan lain yang tak terlepas daripada melakukan kesilapan dan terkhilaf.
“Setiap manusia,ujiannya berbeza-beza tidak kiralah dia seorang ustaz, ilmuan agama mahu pun insan biasa,” kata Abu.
Jarang muncul dalam mana-mana program televisyen, Abu kini bertugas sepenuhnya sebagai Pengurus Operasi Arab Saudi bagi syarikat Persada Global Holidays, masanya banyak dihabiskan di Mekah dan Madinah atas tuntutan kerja.
Terdahulu, peserta program realiti Islamik yang mencari pendakwah bagi musim ketiga itu pernah mencetuskan sensasi berkaitan rumah tangganya yang mengundang kecaman.
Kontroversi lelaki asal Kuala Lumpur bermula sekitar 2019 apabila menceraikan isterinya, Ain Afini Latiff ketika wanita itu sarat hamil untuk berkahwin dengan ibu tunggal anak satu, Hana Azraa.
Masing-masing kemudian saling berbalas kenyataan dalam media sosial hingga setiap sorotan hanya memanaskan lagi keadaan, malah akhirnya dia turut menceraikan Hana.
Episod pergolakan dalaman yang sepatutnya hanya disimpan kemas lebih-lebih lagi membabitkan insan arif agama sepertinya terus diperkatakan netizen.
Namun kini, bapa kepada lima cahaya mata itu mendedahkan hidup rukun mengamalkan poligami bersama kedua-dua isteri itu.
Sumber: Kosmo! Online |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pelik kenapa la ex dia nak berbalik dengan dia… dah macam x de jantan lain. Euwww |
|
|
|
|
|
|
|
heolls mulut manis shuoolssss... iolls pernah g umrah , heolls jdi mutawif..
lemah lembut, ckp dgn perempuan mmg lembut..
friendly maybe.. entah la.. heolls ada aura tersendiri kalau sembang dekat2.. maybe ada guna2 bacaan ayat utk org lembut hati.. maybe~~
|
|
|
|
|
|
|
|
Could be la sis.. selalu ada aje bole baca ayat dari surah yusuf.. satu lagi kalau pandai layan..mmg bole jatuh hati. |
|
|
|
|
|
|
| |
|