CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 251|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 'Terima kasih DBP tegur saya'

[Copy link]
Post time 6-7-2023 12:15 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mattzzx at 6-7-2023 12:18 PM





SURAT teguran daripada DBP yang diterima Tengku Zafrul. FOTO NSTP & Twitter rasmi Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz

Kuala Lumpur: "InsyaAllah? Insya-Allah? Insyaallah? Apa ejaan yang betul? Selama ini saya guna InsyaAllah tapi sekarang saya dah (sudah) tahu ejaan sebenar ialah insya-Allah.

"Terima kasih Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kerana menegur ejaan saya," itu reaksi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang tidak melatah sebaliknya tenang menerima teguran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berhubung kesalahan ejaan perkataan digunakannya dalam ciapan di Twitter.

Reaksi itu dilontarkan beliau menerusi hantaran di Instagram (IG) semalam dan beliau turut memuat naik gambar isi kandungan surat dihantar DBP kepadanya.

"Lepas (selepas) ni (ini), saya akan lebih teliti dengan penggunaan istilah ini, insya-Allah.

"Biasakan yang betul, betulkan yang biasa!" tulisnya di IG.

Dalam surat berkenaan, DBP memaklumkan menerima aduan daripada pengguna mengenai kesalahan ejaan perkataan 'InsyaAllah' dalam ciapan Tengku Zafrul di Twitter.

Justeru, DBP mengambil peranan untuk memberikan ulasan juga nasihat kepada semua pihak supaya bahasa kebangsaan digunakan secara baik dan betul serta meluas bagi maksud rasmi seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67.

"Dimaklumkan bahasa DBP menerima aduan daripada pengguna bahasa Melayu tentang kesalahan ejaan perkataan 'InsyaAllah' pada hantaran Twitter YB (Yang Berhormat) Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz seperti pada lampiran.

"Ejaan yang betul bagi perkataan itu mengikut Kamus Dewan Perdana ialah 'insya-Allah'.

"Oleh yang demikian, pihak kami memohon kerjasama Datuk agar memberikan perhatian dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap perkara ini.

"Kami yakin bahawa pihak tuan prihatin terhadap perkara ini, namun mungkin kerana kebiasaan penggunaannya dalam kalangan masyarakat, hal ini terlepas daripada perhatian pihak tuan," tulis DBP dalam surat berkenaan.

Dalam surat yang sama, DBP meminta Tengku Zafrul merujuk khidmat nasihat bahasa dalam talian melalui laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu/www.prpm.gov.my sebagai rujukan untuk memudahkannya.

"Kesudian dan kebersamaan pihak Datuk dalam usaha ini amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih," tulisnya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... asih-dbp-tegur-saya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.213779 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list