Dakwaan Britney Spears dipukul pengawal peribadi kepada pemain bola keranjang Perancis, Victor Wembanyama, malam tadi kini dalam siasatan polis.
Ketika kejadian, Wembanyama berada di Las Vegas, menjelang perlawanan pertamanya dalam Liga Musim Panas NBA menentang Charlotte hari ini.
Britney Spears dan Victor Wembanyama - Sky News
Kehadirannya di sebuah restoran disedari peminat dan Spears turut berada di situ.
Media melaporkan, Spears ditolak pengawal peribadi Wembanyama, yang disifatkan suami penyanyi itu Sam Asghari, sebagai ganas dan di luar kawalan.
Jabatan Polis Las Vegas menyiasat dakwaan insiden itu, namun masih belum mengambil sebarang tindakan lain.
Wembanyama memberitahu pemberita selepas latihan, dia hanya mengetahui kehadiran Spears di restoran sama beberapa jam selepas makan malamnya.
"Ada seseorang memanggil saya tetapi kami bercakap sebelum ini dengan pihak keselamatan (untuk tidak) berhenti kerana ia akan membuatkan keadaan sesak dan tak terkawal.
"Orang itu sentuh saya dari belakang dan memanggil saya tuan… tuan… dan saya tidak nampak apa yang berlaku kerana saya terus berjalan.
"Saya tidak tahu soal kekerasan itu termasuk pihak keselamatan menolaknya (Spears) kerana saya terus berjalan dan menikmati makan malam yang enak," katanya.
Sementara itu, Spears berkata, dia hanya mahu meraikan dan mengucapkan tahniah kepada Wembanyama.
"Saya ternampak seorang atlet di lobi hotel ketika saya sedang menuju ke restoran untuk makan malam.
"Saya kemudian pergi ke restoran di hotel lain dan terserempak semula dengan dia dan memutuskan untuk mendekatinya dan mengucapkan tahniah atas kejayaannya.
"Saya kemudian menepuk bahunya untuk menarik perhatiannya. Saya sedar kenyataan pemain itu di mana dia menyebut saya menyentuh dia dari belakang, tetapi saya hanya menepuk bahunya.
"ihak pengawal peribadinya kemudian menepis dan kena muka saya serta menyebabkan cermin mata saya terjatuh," katanya dalam Instagram.
Sumber: Harian Metro |