CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 252|Reply: 0

[Selangor] Pekerja butik dedah ramai curi baju dalam bilik persalinan

[Copy link]
Post time 8-7-2023 10:18 AM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar video yang dimuat naik di akaun TikTok @_zarulelfy.

PETALING JAYA – Tindakan pembeli yang sanggup menanggalkan tanda harga dan tag sekuriti keselamatan pakaian kerana tidak mahu membayar, didedahkan oleh seorang pekerja butik terkemuka.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @_zarulelfy, kelihatan pekerja berkenaan menjumpai tanda harga dan beberapa tanda sekuriti keselamatan di celah-celah penyangkut baju di beberapa bilik persalinan.

“Cara baru barang kena curi dalam bilik persalinan. Laju je pelanggan buat kerja,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Sehingga kini video tersebut mendapat 2.1 juta tontonan, 62,000 tanda suka dan 1,870 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati cara yang dilakukan itu bukanlah taktik terbaharu malah beberapa kali pernah dihadapi oleh pekerja di butik pakaian lain.

“Ada baju yang tiada ‘hard tag’ (tanda sekuriti keselamatan) jadi mereka hanya cabut tanda harga untuk elak dikesan ketika keluar kedai. Ada juga yang beli ‘tag remover’,” komen Alip.

“Kadang-kadang mereka koyakkan hujung langsir dan sumbat dalan ‘sensor tag’. Ada juga yang koyakkan bawah kerusi, ini berdasarkan pengalaman saya,” komen Siti.

“Itu bukan cara baru. Itulah cara lama saya kerja sebagai ‘promoter’ dulu. Banyak sangat pencuri buat macam itu sampaikan barang ‘short’ habis,” komen seorang pengguna yang lain. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/07 ... m-bilik-persalinan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 01:43 PM GMT+8 , Processed in 0.037763 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list