CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 203|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Rindu ibu kandung terpisah 30 tahun

[Copy link]
Post time 8-7-2023 04:59 PM | Show all posts |Read mode

MARIA menunjukkan gambar ibunya terpisah sejak 30 tahun lalu. FOTO Ihsan Maria Sulaiman

Shah Alam: Hanya gambar menjadi tanda ingatan buat seorang wanita untuk mengubati kerinduan terhadap ibu kandungnya yang terpisah sejak 30 tahun lalu.

Biarpun terpisah dalam tempoh lama, Maria Sulaiman, 33, dan dua lagi adik beradiknya masih berusaha menjejaki ibu, Norazian Muhamad yang kini sudah berusia 66 tahun.

Maria berkata, perpisahan itu berlaku ketika dia berusia tiga tahun apabila ibu menyerahkan mereka tiga beradik kepada keluarga angkat selepas bapanya meninggal dunia sebelum menghilang tanpa khabar.

Bagaimanapun katanya, punca sebenar kehilangan ibunya tidak diketahui, namun dia dan adik beradiknya tidak pernah sekalipun menyimpan dendam, malah berharap dapat bertemu kembali dengan ibu tersayang.

"Berdasarkan pemeriksaan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) emak kami masih ada dan saya mahu sangat berjumpa dia walaupun hanya sekejap saja kerana saya merindukannya.

"Emak, kembalilah ke pangkuan anak-anak. Adik dan kak long maafkan emak biarpun apa saja alasan emak, malah kami tak pernah membenci emak," katanya ketika dihubungi.

Menurut Maria, dia mengesan ibu kandungnya itu dengan pelbagai usaha sudah dilakukan termasuk menjejakinya di alamat terakhir yang diperolehi daripada pihak berkenaan.

Katanya, sebelum ini usaha menjejaki ibunya terhenti agak lama ketika pasca Covid-19 dan dia juga kehilangan suami akibat virus itu ketika hamil anak pertama mereka.

"Saya cuba mencari emak di alamat yang diberikan oleh JPN tetapi dia sudah tidak tinggal di situ sebelum saya meminta bantuan pihak berkuasa untuk mengesan emak.

"Namun usaha itu juga hampa kerana alamat yang diberikan di Sungai Buloh juga sudah tidak diduduki, malah nombor telefon juga sudah tidak aktif," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi Maria di talian 017-203 0836.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... g-terpisah-30-tahun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.351477 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list