View: 880|Reply: 7
|
Harry Styles Mangsa Terbaru Keganasan Penonton Konsert
[Copy link]
|
|
Vienna: Penyanyi, Harry Styles, 29, cemas apabila terkena objek berbahaya yang dibaling penonton ketika penyanyi itu membuat persembahan sempena konsertnya yang diadakan di sini, baru-baru ini.
Kejadian yang berlaku hujung minggu lepas itu dirakam peminat dan tular di media sosial.
Dalam rakaman tersebut, Styles dilihat menahan kesakitan berjalan meluru ke belakang pentas sambil menutup matanya.
Tiada tangkapan dibuat dan sehingga kini tiada pihak yang dapat mengesahkan jenis objek yang dibaling ke arah penyanyi berkenaan.
Insiden tersebut bukan yang pertama berlaku kepada Styles. Sebelum ini dia pernah dibaling sejambak bunga dan botol plastik yang hampir mengenai organ sulitnya.
Selain Style, beberapa penyanyi antarabangsa turut menjadi mangsa keganasan penonton konsert antaranya penyanyi rap, Drake, Bebe Rexha, Pink, Ava Max dan ramai lagi.
Insiden yang dilihat seperti trend yang semakin menjadi-jadi itu menimbulkan kerisauan dalam kalangan ramai penyanyi terutamanya yang sering terlibat dengan konsert dan persembahan pentas.
Sumber: Utusan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Yg tengok k0nsert berok belaka kot |
|
|
|
|
|
|
|
Meh la datang sini, orang sini punya berebut nak beli ticket.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bebe Rexha tu kesian sampai berjahit. Amenda lah diorang ni dah macam tak betul semua, ke gila content. |
|
|
|
|
|
|
|
Harry ni kalau tengok live concert dia bagus sgt dgn peminat, tp tu la peminat ni ada jgak yg bahlol. |
|
|
|
|
|
|
|
klu nk baling, baling la benda yg lembut, & pastikan bkn aim kt penyanyi tu. asal sampai kt stage dah ler. tau ler nnt deme nk kutip tu |
|
|
|
|
|
|
|
Klau zaman rock glam 80an,90 an dulu konsert motly crue,guns n roses diorg baling bra, panties.zaman ni baling hp sampai berjahit tu mmg bodoh laa |
|
|
|
|
|
|
|
Throwing things at celebrities has become a thing. |
|
|
|
|
|
|
| |
|