View: 4135|Reply: 4
|
Isteri Dah Bagi RM10K Setiap Bulan Tetap Diceraikan, Suami ‘Biawak Hidup’ Lebih Pilih Janda Anak Satu
[Copy link]
|
|
Isteri Dah Bagi RM10K Setiap Bulan Tetap Diceraikan, Suami ‘Biawak Hidup’ Lebih Pilih Janda Anak Satu
Melalui hantaran seorang perunding psikologi keluarga dan guaman Syarie, Suzana Ghazali di Facebook baru-baru ini telah menarik perhatian orang ramai setelah berkongsi kisah perit yang dilalui oleh anak guamnya
Dalam hantaran yang dikongsikan, wanita terbabit diceraikan oleh suami dengan talak satu gara-gara bertanya mengenai seorang wanita lain yang turut serta dalam percutian suaminya.
Si isteri hanya kirimkan mesej melalui WhatsApp, tiba-tiba apabila suami naik ke rumah, wanita tersebut terus diceraikan talak satu.
Terkejut dengan situasi yang berlaku, client Suzana telah pun merayu kepada suaminya untuk rujuk semula, namun lelaki terbabit kekal dengan keputusannya untuk berpisah.
Isteri itu memberitahu dia sama sekali tidak pernah mengongkong suaminya serta memberi wang gaji sebanyak RM10,000 setiap bulan hanya untuk memantau butik wanita terbabit sekali seminggu.
Difahamkan, suami wanita itu lebih memilih untuk berkahwin dengan janda anak seorang, malah janda terbabit turut berhadapan dengan wanita itu.
Dalam situasi itu, Suzana sempat menasihati wanita terbabit untuk redha dengan ketentuan Ilahi dan mengetahui suami hanya mempergunakannya untuk kepentingan diri.
SUMBER : Facebook
https://beautifulnara.com/isteri ... ih-janda-anak-satu/
|
|
|
|
|
|
|
|
Jap lg gile talk ngn exbini.. Sp nk bg 10k skang |
|
|
|
|
|
|
|
Haha duit bukan segala-galanya sis |
|
|
|
|
|
|
|
Wujud ek pompuan tak blh pikir mcm ni... |
|
|
|
|
|
|
| |
|