CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 212|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] JIPS Bukit Aman tahan 7 anggota IPD berkaraoke, jumpa dadah

[Copy link]
Post time 11-7-2023 12:44 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Tujuh anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Perak ditahan ketika sedang berkaraoke di sebuah premis di Setiawan, Sabtu lalu.

Sumber berkata, mereka ditahan ketika serbuan dijalankan pada 11.30 malam dan sebelum ditemukan kesemua anggota berkenaan berada di premis berkenaan.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati seorang daripada anggota terbabit positif alkohol dan pemeriksaan lanjut di tandas bilik karaoke berkenaan ditemukan sepaket serbuk putih disyaki dadah jenis ketamine.

"Ujian saringan awal air kencing terhadap kesemua mereka itu mendapati seorang anggota berkenaan positif dadah jenis ganja," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad ketika dihubungi mengesahkan berhubung penahanan anggota berkenaan.

"Operasi dijalankan bersama Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) bagi mengesan pelanggaran dan salah laku yang dilakukan warga PDRM.

"Siasatan lanjut akan dijalankan JIPS Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

"Siasatan dari sudut tatatertib juga akan dijalankan," katanya.

Menurutnya, terdapat keadaan yang membenarkan anggota berada di dalam premis berkenaan berdasarkan arahan dalaman.

"Bagaimanapun, siasatan akan dilaksanakan berikutan ada anggota berkenaan terkesan dalam ujian saringan air kencing," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... karaoke-jumpa-dadah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.518132 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list