CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 229|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 5 rugi RM100,000 diperdaya ejen pembantu rumah

[Copy link]
Post time 11-7-2023 05:44 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Menawarkan khidmat sewa pembantu rumah warga asing dengan kadar RM2,300 setiap seorang di media sosial.

Itu taktik dilakukan sebuah agensi pekerjaan yang dipercayai beroperasi tanpa lesen untuk memperdaya mereka yang terdesak menginginkan pembantu rumah dengan segera.

Bagaimanapun, penipuan agensi itu terbongkar selepas lima individu yang menjadi mangsa tampil membuat laporan polis dan mendakwa mengalami kerugian hampir RM100,000.

Seorang mangsa yang juga akauntan yang mahu dikenali Denis Low, 49, mendakwa dia melihat iklan tawaran sewa pembantu rumah di Facebook pada 2021.

Wanita itu berkata, dia berminat dengan iklan itu lalu menghubungi ejen syarikat yang dikenali Alvin untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Menurutnya, kemudiannya dia diminta membayar wang pendahuluan berjumlah RM7,000.

Katanya, dia membuat bayaran tetapi selepas beberapa bulan menunggu, lelaki itu gagal menghantar pembantu rumah seperti dijanjikan dan pelbagai alasan diberikan.

"Ejen itu kemudiannya tawarkan saya pembantu rumah kontrak kononnya proses itu lebih cepat.

"Saya sangat terdesak ketika itu, jadi saya setuju tapi perlu tambah bayaran pendahuluan menjadikan jumlah keseluruhan RM22,000.

"Sehingga Februari lalu, saya sudah menerima tiga pembantu rumah warga asing yang silih berganti kerana mereka melarikan diri selepas mendakwa tidak dibayar gaji sedangkan saya sudah buat bayaran kepada ejen. Malah pasport mereka juga disimpan ejen.

"Saya berasa tidak puas hati lalu beritahu Alvin untuk tidak teruskan kontrak dan meminta dia memulangkan semula wang saya," katanya ketika sidang media di Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Denis berkata, lelaki gagal dihubungi selain tidak memulangkan semula wangnya berjumlah RM7,000 dan semakannya di Facebook mendapati syarikat berkenaan sudah tidak beroperasi.

Seorang lagi mangsa yang mahu dikenali Leong, 28, mendakwa mengalami kerugian RM13,000 selepas diperdaya ejen sama bagi mendapatkan pembantu rumah warga asing dan menyertai pelaburan di syarikat berkenaan pada tahun lalu.

"Selain mendapatkan pembantu rumah, ejen itu turut tawarkan saya pelaburan di syarikat dengan menjanjikan keuntungan tinggi. Saya bersetuju lalu buat pemindahan wang pada Disember tahun lalu.

"Namun pembantu rumah yang bekerja di rumah saya melarikan diri selepas beberapa bulan bekerja dan lelaki itu juga gagal dihubungi," katanya.

Sementara itu, Ketua Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, pihaknya berharap pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan bagi mengelak lebih ramai menjadi mangsa penipuan sindiket terbabit.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ejen-pembantu-rumah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.048997 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list