CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 258|Reply: 0

[Selangor] Pecah masuk pejabat bekas majikan curi seluar jeans

[Copy link]
Post time 11-7-2023 05:46 PM | Show all posts |Read mode
Ampang Jaya: Dua seluar jeans selain wang antara yang dicuri oleh seorang lelaki ketika memecah masuk pejabat bekas majikannya di Ukay Perdana dalam kejadian Ahad lalu.

Lelaki berusia 36 tahun yang bekerja sebagai peniaga menyedari pejabatnya dipecah masuk pada jam 6.09 petang kelmarin di mana pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati dilakukan bekas pekerjanya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, mangsa memeriksa pejabatnya dan mendapati ada kesan umpil pada lubang kunci pintu belakang pejabat.

"Antara barangan yang hilang adalah wang tunai dan dua helai seluar jeans dengan anggaran kerugian adalah RM4,150.

"Susulan itu, suspek ditahan polis jam 11.30 malam tadi di kawasan Ukay Perdana," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata, pemeriksaan air kencing mendapati suspek negatif dadah dan mempunyai satu rekod jenayah lampau tidak dikehendaki.

"Turut dirampas satu beg dan beberapa pakaian dicuri serta diguna ketika kejadian.

"Suspek yang tidak bekerja disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-curi-seluar-jeans
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 10:14 PM GMT+8 , Processed in 0.175782 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list