View: 2709|Reply: 1
|
[c] aku sebatang pen [u]
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by sepulnuar at 22-12-2010 15:37
nama aku kasim. umur aku baru sahaja mencecah 8 bulan. aku dilahirkan di kilang membuat pen yang kurang dikenali ramai. kilang tersebut terletak di negara jerman. jerman adalah negara yang telah memenangi fifa worldcup sebanyak 3 kali. jerman juga merupakan negara yang mengeluarkan kereta sport berjenama porche.
aku mempunyai seorang kawan yang bernama masterjii. kami berkenalan pada 8 bulan yang lalu. waktu itu kami baru sahaja dilahirkan. masterjii adalah sebatang pen yang melucukan. ini kerana masterjii mempunyai bulu-bulu dibahagian atas. kadang-kadang masterjii juga dipanggil sebagai "pena berbulu senyum"(macam dalam cerita ah-ha afdzlin shauki). aku sangat gembira dapat berkawan dengan masterjii.
pada 2 minggu yang lepas. aku telah dibeli oleh seorang budak. budak itu berbadan agak gemuk. gemuk macam badak air(hyppo). walaupon mempunyai badan yang gemuk, budak itu sangat sayang pada aku. nama budak itu ialah jayen. jayen mempunyai seorang awek yang sangat cantik. aku berasa amat cemburu terhadap jayen. kalaulah aku juga mempunyai awek yang cantik macam awek jayen.
hari ini aku dibawa oleh jayen ke taman permainan. jayen telah menggunakan aku untuk menulis surat cinta kepada kekasihnya yang bernama puteri diana. seperti yang telah aku nyatakan pada perenggan sebelum ini, puteri diana adalah seorang yang sangat cantik dan jelita. kecantikan puteri diana telah membuat aku jatuh cinta. alangkah bahagianya jika puteri diana yang memiliki aku.
selepas menulis surat cinta kepada puteri diana, jayen pon pergi menghantar surat tersebut. tetapi jayen terlupa untuk membawa aku sekali. lalu aku pon ditinggalkan bersendirian di atas meja yang terletak di taman permainan ini. aku berasa agak sedih. sedang aku bersedih mengenangkan nasib aku yang menyedihkan ini, tiba-tiba aku sudah tidak mempunyai idea untuk meneruskan cerita ini. dan aku sudahi cerita ini dengan, sekian terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
javen.... hyppo.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|