CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 260|Reply: 0

[Selangor] Pentadbir masjid, surau dilarang terbabit aktiviti berfokus politik

[Copy link]
Post time 22-7-2023 12:53 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Shah Alam: Pentadbir masjid dan surau di Selangor dilarang membantu atau terbabit dalam aktiviti yang berfokus politik di rumah ibadat berkenaan di negeri ini sebaliknya perlu menghalang aktiviti terbabit.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, semua bentuk bahan kempen atau propaganda parti politik hendaklah dipastikan tidak berada di dalam premis bangunan atau di dalam kawasan pagar masjid dan surau.

"Ini berikutan, ada kemungkinan berlaku usaha parti politik untuk mengadakan aktiviti propaganda politik mereka di masjid dan surau di negeri ini.

"Aktiviti yang lazim sebelum ini adalah seperti program pengenalan calon yang bertanding dalam pilihan raya, Program Sumpah Mubahalah, program berkumpulan ahli dan penyokong parti," katanya pada kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ketetapan ini selaras dengan arahan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang mahu masjid dan surau menjadi zon aman serta bebas daripada propaganda politik juga politik kepartian.

"Pentadbir masjid dan surau hendaklah membantu apa juga ketetapan yang dibuat oleh Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

"Sebarang tindakan yang bersifat menghina atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor atau arahan Mais, boleh dikenakan tindakan.

"Pegawai masjid juga boleh dibatalkan pelantikannya oleh Mais," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ti-berfokus-politik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.039296 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list