CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 301|Reply: 0

[Selangor] 'Shafiq Rosli' ganggu wanita secara seksual dirawat di wad mental

[Copy link]
Post time 22-7-2023 03:14 PM | Show all posts |Read mode
Petaling Jaya: Polis berjaya mengesan individu bernama 'Shafiq Rosli' yang didakwa sering mengganggu seorang jurugambar wanita secara seksual seperti didedahkan mangsa di media sosial, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, semakan dilakukan pihak polis terhadap individu berkenaan mendapati dia sedang menerima rawatan di sebuah hospital bagi masalah mental dialaminya.

"Selepas kita berjaya kesan individu terbabit, kita dapati dia sedang menerima rawatan di wad pesakit mental di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Kami difahamkan bahawa individu berkenaan baru sahaja menerima rawatan itu selepas dihantar oleh ahli keluarganya.

"Siasatan masih dijalankan dan maklumat lanjut berhubung perkara ini akan dimaklumkan kemudian," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan pihak polis mengesahkan menerima laporan berhubung gangguan seksual dalam talian dihadapi jurugambar wanita pada 2018.

Sebelum ini, mangsa menerusi satu hantaran di Instagram, baru-baru ini, berkongsi kisah bagaimana dirinya sering diganggu secara seksual oleh individu bernama 'Shafiq Rosli'.

Mangsa mendakwa kerap menerima mesej lucah dan video memaparkan suspek berkenaan berkelakuan jelik.

Susulan itu, sebuah media tempatan melaporkan, suspek berkenaan mula mengganggu mangsa sejak 2016 dengan meninggalkan komen di halaman blognya.

Suspek terbabit dikatakan mula menghendap mangsa sejak 2017 malah pernah mengekori mangsa ke sebuah restoran makanan segera dan ke rumah mangsa.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rawat-di-wad-mental
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.037153 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list