|
ANGGOTA bomba dan polis berusaha memujuk wanita warga Indonesia yang berada di bumbung sebuah rumah di Taman Yayasan, hari ini. FOTO Ihsan JBPM.
Kuala Selangor: Tidak terima berita selepas menghantar wang ke kampung dipercayai menjadi motif seorang wanita warga Indonesia berada di bumbung rumah di Taman Yayasan, di sini, hari ini sebelum berjaya dipujuk bomba.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.52 pagi.
Beliau berkata, sepasukan tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikejarkan ke tempat kejadian.
"Tiba di lokasi, anggota bertugas mendapati mangsa berusia 30-an yang juga pembantu rumah berada di bumbung terbabit.
"Mangsa dipercayai berada di situ selama lima minit," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mohamadul Ehsan berkata, anggota bomba dan polis kemudian bertindak memujuk wanita berkenaan untuk turun sebelum berjaya menyelamatkannya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... k-wanita-di-bumbung |
|