CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 273|Reply: 1

[Perak] Lelaki baring atas jalan dikesan

[Copy link]
Post time 23-7-2023 01:18 PM | Show all posts |Read mode

AKSI seorang lelaki yang berbaring di atas jalan di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh tular di media sosial semalam.

IPOH – Polis sedang mengesan individu yang bertindak berbaring di atas jalan berhampiran stesen minyak Petronas Gunung Lang dekat Jalan Kuala Kangsar seperti video yang tular di laman sosial Twitter semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, setakat ini pihaknya belum mengetahui masa dan tarikh sebenar kejadian itu berlaku.

Katanya, satu laporan polis telah dibuat dan siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 283 Kanun Keseksaan atas kesalahan bahaya atau halangan di jalan awam

“Kita sedang mengesan individu terbabit dan aksinya yang dirakam kamera papan pemuka kereta itu dipercayai berlaku di Jalan Kuala Kangsar.

“Orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat berkaitan lelaki itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Supetintenden Fadli Ahmad di talian 019-2500019,” katanya.

Video berdurasi 41 saat itu tular di media sosial dengan memaparkan seorang lelaki sambil memegang topi keledar melintas jalan sebelum dilihat merebahkan badan di atas jalan.

Tindakan lelaki terbabit menyebabkan beberapa kereta terpaksa berhenti dan mengelak daripada melanggarnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/07 ... atas-jalan-dikesan/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2023 01:30 PM | Show all posts
Buat protes di jalanan ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.046713 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list